web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Harga Naik Mendadak, Pengusaha Kek Lapis Sarawak Bincang Dengan Pembekal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 3:46PM

Pengusaha kek lapis Sarawak mengharapkan situasi menang-menang bukan sahaja untuk mereka, malah pembekal bahan dan pembeli juga - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pembekal bahan kek tersebut dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan peningkatan mendadak harga produk ikonik Bumi Kenyalang itu.

Pengerusi persatuan itu, Zubaidah Sahadar memberitahu Bernama bahawa mereka mahukan perbincangan yang menghasilkan situasi menang-menang bukan hanya antara pengusaha produk dan pembekal bahan, tetapi juga tidak menambahkan beban kepada pembeli mereka.

“Kenaikan harga bahan seperti tepung gandum, telur ayam dan mentega baru-baru ini memanglah memeningkan kepala pengusaha kek lapis Sarawak dan kami terpaksa memerah otak untuk mengimbangi peningkatan kos ini bagi mendapatkan kembali harga pulang modal,” katanya.

Selain itu, pengusaha kek lapis Sarawak yang kebiasaannya boleh menempah sehingga 20 papan telur ayam sehari kini hanya boleh mendapatkan sehingga 10 papan sahaja dan ini turut menjejaskan kuantiti produk yang mereka boleh hasilkan.

“Jika kerjasama antara pembekal dan pengusaha dapat diwujudkan, ia akan memudahkan kami untuk mendapatkan bekalan memandangkan kami memerlukan bahan ini dalam kuantiti yang banyak dan kalau boleh, ditawarkan pada harga lebih rendah,” katanya.

Zubaidah, 57, berkata ahli persatuan itu terpaksa menaikkan sedikit harga jualan produk mereka dari RM10 dalam sebekas kecil kek kepada sekitar RM12, bergantung kepada jenis kek lapis berkenaan untuk memperoleh kembali modal mereka.

Beliau yang memiliki perniagaan Zue Kek Lapis Sarawak sejak hampir tiga dekad berkata dengan peningkatan jumlah ahli persatuan itu kepada 46 kini, beliau percaya permintaan barangan mentah dalam kalangan pengusaha turut meningkat kelak.

Sementara itu, pengusaha Ezza Kek Lapis, Azida Mohamad Hepni, 45, berkata beliau berharap agar pembeli memahami situasi pengusaha yang perlu menaikkan harga kek lapis.

“Ada juga kalangan pengusaha yang terpaksa kecilkan saiz bagi memastikan kualitinya tetap sama, dengan harga yang sama seperti dulu. Namun, ada juga pelanggan yang sanggup bayar mahal kerana kek lapis juadah utama di musim perayaan.

“Perniagaan kek lapis baru sahaja mahu merangkak semula kerana kami turut terkesan akibat COVID-19. Semenanjung Malaysia merupakan market terbesar kek lapis tapi tidak boleh dihantar kerana sekatan yang dibuat sebelum ini,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar