web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Juta Rakyat Malaysia Masih Belum Ambil Dos Penggalak COVID-19 - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 12:51PM

Ismail Sabri melihat proses memotong daging korban pada Majlis Korban Perdana Parlimen Bera di Masjid Daerah Bera hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai tujuh juta rakyat Malaysia masih belum mengambil dos penggalak COVID-19 setakat ini dan menasihati mereka segera berbuat demikian.

Beliau berkata walaupun suntikan itu tidak diwajibkan, namun ia amat penting memandangkan kes positif COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan selain turut membantu berdepan varian baharu wabak itu terutamanya Omicron BA.5 yang lebih mudah menjangkiti.

“Walaupun tiada paksaan (untuk mengambil dos penggalak), tetapi saya menasihatkan mereka yang belum menerima suntikan itu untuk mengambil booster bagi melindungi diri sendiri daripada jangkitan dan jika mempunyai simptom, segera berjumpa doktor untuk kepastian,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Parlimen Bera 2022 di Masjid Darul Fikri di sini hari ini.

Ditanya jika terdapat perancangan untuk kembali membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam skala besar mengambil kira jumlah mereka yang belum menerima dos penggalak, Ismail Sabri berkata perkara itu akan ditentukan Kementerian Kesihatan sama ada terdapat keperluan berbuat demikian.

Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menutup semula sektor ekonomi atau sebagainya walaupun kes positif COVID-19 kini kembali meningkat.

“Kehidupan akan berjalan seperti biasa cuma kita perlu mengambil  langkah proaktif untuk melindungi diri dan keluarga termasuk mengambil suntikan dos penggalak,” katanya.

Ismail Sabri berkata rakyat juga dinasihatkan supaya mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak dijangkiti COVID-19 walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lepas.

“... ini termasuk walaupun tidak lagi wajib memakai pelitup muka di kawasan terbuka, namun kita boleh mengambil inisiatif sendiri untuk melindungi diri jika berada di kawasan yang ramai orang,” katanya.

Mengenai program hari ini, Ismail Sabri berkata menjadi tradisi tahunan di Parlimen Bera untuk mengadakan program korban perdana dengan tahun ini sebanyak 79 ekor lembu diagihkan kepada semua kawasan dan jabatan kerajaan sekitar daerah ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

2

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran