web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Maklumat Bocor Semasa Ops Buru Nicky - KPN

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 8:02AM

Abdul Hamid Bador - Gambar Aliff Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan berlaku kebocoran maklumat semasa Ops Pelican 3.0 bagi memburu ketua sindikiet pengubahan wang haram terbesar di negara ini, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan ahli kumpulan itu.

Beliau berkata mereka yang membocorkan maklumat berkenaan adalah daripada kalangan pegawai dan anggota polis sendiri.

“Hasil soal-siasat yang dibuat, berlaku kebocoran maklumat dan akibat kebocoran itu Nicky Liow berjaya memindahkan sejumlah besar wang yang dibawa keluar dari premis.

"Hal itu, dilihat apabila saksi terlibat dan saksi berkenaan yakin itu adalah wang tunai sebagaimana yang dipaparkan di media sosialnya dengan wang yang ditaburkan di atas lantai,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini.

Selain itu, Abdul Hamid berkata siasatan juga mendapati seorang bekas timbalan pendakwa raya bergelar Datuk dipercayai menjadi antara individu yang membocorkan maklumat berhubung operasi itu.

“Bekas timbalan pendakwa raya terbabit menjadi perantara yang menghubungkan dia dengan pegawai-pegawai polis dan penguatkuasa lain berdasarkan kedudukan jawatannya itu yang pernah menjadi pegawai. Dialah (bekas timbalan pendakwa raya) yang menggerak dan memudahkan pergerakan Nicky Liow sehingga terlepas,” katanya.

Abdul Hamid berkata Nicky Liow yang kini dalam buruan polis, mempunyai 12 rekod jenayah antaranya dadah dan jenayah kekerasan termasuk kes memukul anggota Rela pada 27 Okt 2017.

Polis ingin menyeru sekali lagi kepada orang awam jika mempunyai maklumat berkaitan suspek utama itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat ASP V. Prakash di talian 012 5209767 atau mana-mana balai polis berhampiran, katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata seramai 34 pegawai dan anggota agensi penguatkuasa disyaki mempunyai hubungan dengan sindiket jenayah terancang itu, dengan majoritinya adalah pegawai dan anggota polis.

Sementara itu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Nicky Liow melarikan diri seminggu awal sebelum polis menyerbu kondominiumnya di Setia Walk, di sini.

“Nicky Liow (dikatakan) sempat melarikan lapan beg dipercayai (membawa wang tunai) jutaan ringgit berikutan maklumat yang dibocorkan oleh pegawai polis manakala hasil siasatan dalam akaun bank peribadinya sahaja mempunyai RM40 juta,” katanya.- Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad