web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramalan Gempa Bumi Skala Besar, Lahad Datu Berjaga-Jaga

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 8:28AM

Keadaan di sebuah pasar di Lahad Datu, Sabah - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Satu gempa bumi berskala besar sehingga 6.2 skala Richter dijangka berlaku di daerah ini dalam masa terdekat.

Pakar Geologi Sabah, Profesor Dr Felix Tongkul berkata, gempa bumi dengan magnitud besar itu adalah yang ketiga dijangka melanda Lahad Datu selepas tahun 1923 dan 1976.

"Kali terakhir gempa bumi berskala besar melanda daerah ini adalah kira-kira 45 tahun lalu.

"Dijangka gempa bumi yang bakal berlaku itu bermagnitud besar iaitu antara 5.8 hingga 6.2 skala Richter," katanya kepada Getaran.

Beliau menarik perhatian, gegaran diramalkan turut dirasai di beberapa daerah berhampiran termasuk Kunak, Semporna, Beluran, Sandakan dan Tawau, berikutan gempa yang berskala besar.

"Bencana ini jua berpotensi mendatangkan komplikasi lain seperti  kejadian tanah runtuh, selain keretakan dan kerosakan struktur bangunan, apatah lagi kebanyakan reka bentuk bangunan di negeri ini tidak tahan gempa bumi.

"Sebagai rekod, gempa lemah berukuran 1 hingga 3 skala Richter pula dilaporkan berlaku hampir setiap bulan Ranau, Lahad Datu, Kunak dan Kudat," katanya.

Felix berkata, kejadian itu adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan memandangkan ia sebahagian daripada proses pelepasan tenaga yang tersimpan dalam bumi di kawasan berkaitan.

Bagaimanapun, Felix menasihatkan penduduk di kawasan daerah terbabit untuk mengambil langkah berjaga-jaga berikutan ramalan gempa itu.

Gempa bumi lemah yang terakhir dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia di Sabah adalah pada 16 September 2020 di Beluran dengan magnitud 3.2 skala Richter.

Pada 5 Jun 2015, 18 nyawa termasuk tiga malim gunung terkorban susulan gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter di Ranau.

Tragedi itu turut menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh di beberapa buah kampung sekitar Ranau dan Kota Belud, manakala gegarannya boleh dirasai sehingga di Kota Kinabalu. – Getaran, 31 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad