web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Dipanggil Kerana Perhimpunan Undi 18 Dibebaskan, Disoal Secara Berperingkat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 6:28PM

Penunjuk perasaan berarak 3km dari Padang Merbok ke pintu masuk Parlimen. - Gambar Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebelas orang yang dipanggil ke ibu pejabat polis Dang Wangi untuk membantu siasatan berkenaan perhimpunan aman Undi 18 di luar Parlimen pada Sabtu lepas telah dibebaskan selepas disoal siasat selama sejam.

Tiada tangkapan dibuat, lapor The Vibes.

Setiausaha Agung MUDA, Amir Abdul Hadi memberitahu wartawan di luar balai polis bahawa organisasi itu sedang disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2021 kerana gagal memberitahu pihak berkuasa tentang perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, separuh daripada 11 orang yang dipanggil akan disoal siasat oleh polis hari ini, dan yang lain pada tarikh akan datang.

“Kami akan memberi kerjasama kepada polis berkaitan perhimpunan yang berlangsung pada Sabtu lepas.

“Kami berharap segalanya akan berjalan dengan lancar,” kata Amir selepas temu janji mereka dengan polis pada pukul 2.30 petang.

Beliau berkata mereka yang kenyataannya diambil pada hari ini datang bersama dengan peguam masing-masing dan akan bercakap dengan media selepas selesai.

Beberapa wakil rakyat dilihat di luar balai polis tersebut untuk menunjukkan solidariti kepada mereka yang dipanggil memberi kenyataan.

Antara yang hadir adalah Fahmi Fadzil, Maria Chin Abdullah dari PKR dan Howard Lee dan Lim Yi Wei dari DAP.

Malaysiakini semalam melaporkan 11 individu yang dipanggil kemungkinan adalah Amir, Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik, peguam dan aktivis Ambiga Sreenevasan, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, ADUN Ketari Young Syefura Othman, Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sharan Raj, dan Ahli Jawatankuasa PSM S K Arveent.

Semalam, Ketua Polis Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata yang individu terlibat dalam dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, kerana gagal memberitahu polis sebelum menjalankan perhimpunan.

Polis juga sedang meneliti jika ada pelanggaran Peraturan 11 Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Kawasan Lokal yang Terinfeksi) (MCO Bersyarat) (No. 4) Peraturan 2021, yang menjadikan ia suatu kesalahan untuk menganjurkan kegiatan dengan kehadiran orang ramai, sehingga sukar untuk memastikan penjarakan fizikal.

Perhimpunan tersebut dihadiri 200 orang di luar Parlimen untuk membantah penangguhan dalam melaksanakan rang undang-undang Undi 18, yang menurunkan umur mengundi minimum daripada 21 ke 18, yang diluluskan oleh penggubal undang-undang pada 2019.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh jawatankuasa adhoc yang dipanggil Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18, yang terdiri daripada gabungan lebih daripada 20 kumpulan pemuda sivil dan sayap Pemuda pembangkang.

Mereka yang hadir ke perhimpunan tersebut berarak 3km dari Padang Merbok ke pintu masuk Parlimen dan mendiamkan diri selama 18 minit, menandakan penurunan umur mengundi. - Getaran, 30 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad