web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lori Rempuh 11 Kenderaan Di Tambak Johor, Disyaki Bawa Muatan Lebih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 6:56PM

Pemandu lori berusia 34 tahun yang mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik itu telah direman selama 3 hari bermula semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor menghala ke Singapura dua hari lepas, disyaki membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya juga telah membuat serbuan ke pejabat syarikat lori terbabit bagi melihat rekod-rekod penyelenggaraan.

“Siasatan kita meliputi pelbagai aspek dan kita telah buat serbuan ke pejabat (syarikat lori) untuk melihat rekod-rekod dari segi penyelenggaraan lori itu dan sebagainya.

''Begitu juga dari segi kekuatan atau keupayaan lori tersebut, dan kita dapati memang berat (muatan lori itu) adalah lebih,” katanya ketika ditemui dalam Op Lancar di Jalan Tebrau, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes kemalangan melibatkan lori membawa muatan habuk batu itu.

Kamarul Zaman berkata pemandu lori berusia 34 tahun yang mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik itu, telah direman selama tiga hari bermula semalam.

Beliau berkata reman individu itu dijangka akan disambung semula sekiranya kertas siasatan masih belum lengkap.

Lelaki itu ditahan pada 1.15 tengah hari pada hari sama kejadian dan hasil siasatan pihak polis mendapati kemalangan yang berlaku pada 9.25 pagi itu berpunca daripada masalah teknikal yang dialami lori membawa muatan habuk batu berkenaan.

Sebanyak enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan kenderaan tempatan manakala enam lagi kenderaan asing.

Sementara itu beliau berkata Op Lancar sempena Aidiladha yang bermula semalam  sehingga 11 Julai, melibatkan penugasan lebih 1,000 pegawai dan anggota polis di negeri ini.

Beliau berkata operasi itu memfokuskan kelancaran lalu lintas terutama di 30 kawasan yang sering berlaku  kemalangan di negeri ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek