web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya Tinggal 2 Beregu Negara Di Separuh Akhir Masters Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 7:26AM

Aksi beregu badminton lelaki Malaysia, Soh Wooi Yik dan Aaron Chia setelah menewaskan pemain Taiwan, Po-Li Wei dan Chang Ko-Chi pada perlawanan badminton 'Perodua Malaysia Masters 2022' di Axiata Arena Bukit Jalil semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Hanya beregu wanita dan lelaki utama negara, Peraly Tan-M.Thinaah serta Aaron Chia-Soh Wooi Yik masing-masing akan menggalas harapan negara pada saingan separuh akhir Masters Malaysia, di sini, esok.

Selepas mengejutkan pilihan keempat, Yuki Fukushima-Siyaka Hirota dari Jepun, 21-14, 21-19 pada pusingan kedua semalam, beregu negara itu terus menampilkan aksi terpuji apabila menyingkirkan pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-18, 21-17 di suku akhir, hari ini.

Beregu nombor ke-10 dunia itu hanya mengambil masa 42 minit untuk  melakarkan kemenangan ke atas juara Terbuka Malaysia itu, minggu lalu, di Axiata Arena Bukit Jalil, untuk mara ke separuh akhir dengan dijadual bertemu pilihan pertama kejohanan, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Pasangan dari China itu turut mengesahkan slot separuh akhir dengan menyingkirkan beregu senegara, Du Yue-Li Wen Mei, 21-15, 21-13.

Pearly, ketika ditemui selepas perlawanan, berkata beliau gembira dengan kejayaan itu selepas kekal tenang terutama pada saat-saat genting dalam permainan.

Ditanya mengenai aksi esok, Thinaah berkata mereka tidak akan memberi tekanan kepada diri sendiri dan cuba menikmati pertarungan menentang pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu.

Sementara itu, beregu nombor enam dunia, Aaron-Wooi Yik, bermula hambar menentang Chang Ko-Chi-Po Li-Wei dari Taiwan ketika lawan bukan pilihan itu memberikan tentangan sengit pada set pertama, setelah mendahului 16-13.

Bagaimanapun, beregu negara itu, mula memperkemaskan permainan sebelum menang set pembukaan, 23-21.

Aaron-Wooi Yik, selaku pilihan kelima kejohanan, melengkapkan kemenangan set kedua 21-16 untuk melangkah ke separuh akhir dengan berdepan naib juara Terbuka Malaysia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

Beregu Indonesia itu meneruskan kemaraan ke separuh akhir dengan mudah menumpaskan beregu muda negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mhd Haikal Nazri, 21-10, 21-16.

Sementara itu, gandingan profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal mengukir kemenangan sulung dalam tujuh pertemuan dengan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020,  Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, dari China.

Soon Huat-Shevon tiada tandingan apabila tewas 10-21, 14-21 dalam masa 27 minit.

Gandingan China itu dijadual menentang wakil Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang dalam memburu tiket final. - Bernama

TAG: badminton, masters malaysia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan, M. Thinaah

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad