web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


15 Pelajar ‘Batal’ Subjek Sejarah Disaran Fail Semakan Kehakiman - ASWA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 1:30PM

Gambar hiasan dari The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima belas calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Sultan Alam Shah yang kekal menerima status ‘batal’ bagi mata pelajaran Sejarah disaran memfailkan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi jika mendapati berlaku ketidakadilan.

Pengerusi Suara Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA), Wan Azliana Wan Adnan berkata, mereka harus memfailkan semakan tersebut dalam tempoh tiga bulan dari tarikh keputusan berkenaan diterima.

“Bagi 15 pelajar yang terlibat, jika mereka merasakan telah berlaku ketidakadilan, sekarang apa yang mereka perlu buat ialah memfailkan Semakan Kehakiman (judicial review) di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Jawatankuasa Khas Rayuan Kes Salah Laku Calon Peperiksaan SPM 2021 Lembaga Peperiksaan (LP) kerana menolak rayuan mereka.

“Saya doakan supaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera. Ini melibatkan masa depan pelajar-pelajar tersebut. Sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak, jangan tutup mata, telinga dan mulut, sila tampil memberi kesaksian dan bantu supaya keadilan dapat diberikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu kes membabitkan 15 pelajar cemerlang itu tular selepas gagal mendapat sijil SPM kerana didakwa membawa telefon bimbit ke dalam dewan  semasa peperiksaan kertas Sejarah sedang berlangsung.

Difahamkan pelajar terbabit secara tidak sengaja terbawa telefon bimbit kerana peperiksaan tersebut bermula lewat dan suasana menjadi kelam-kabut.

Susulan keadaan, Ketua Pengawas gagal memberi peringatan kepada pelajar mengenai larangan membawa telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan.

Namun semasa peperiksaan berlangsung, Ketua Pengawas membuat pengumuman kepada pelajar yang terbawa telefon bimbit, dan mengarahkan agar mereka menyerahkan gajet berkenaan dengan janji tidak akan dikenakan tindakan.

Mendengar arahan dan janji diberikan, kesemua 15 pelajar itu dengan rela hati menyerahkan telefon bimbit masing-masing dan meneruskan menjawab soalan seperti biasa.

Pada 23 Jun lalu, Jawatankuasa Rayuan Kes Salah Laku Calon Peperiksaan SPM 2021 LP,  bermesyuarat bagi membincangkan rayuan yang telah dibuat.

Mereka sepakat mengekalkan keputusan status ‘batal’ ke atas mata pelajaran Sejarah bagi kesemua 15 calon yang terlibat.

Rayuan kedua menyusul dan sekali lagi ditolak jawatankuasa terbabit pada 3 Julai lalu yang memutuskan untuk mengekalkan status tersebut.

Menurut Wan Azliana, hukuman membatalkan keputusan peperiksaan atas kesalahaan membawa telefon bimbit dan tidak memberi pelajar terbabit sijil peperiksaan adalah satu kezaliman.

“Saya difahamkan mereka adalah di kalangan pelajar cemerlang dan ada antara mereka memperoleh 8A. Saya juga difahamkan bahwa mereka tidak mempunyai masalah displin sebelum ini.

“Ingin saya berkongsi mengenai hukuman yang dijatuhkan dalam beberapa kes buli. Ada kes pembuli hanya digantung sekolah selama 14 hari, walaupun mangsa cedera parah dan mengalami kecederaan kekal,” katanya, kesal.

Jelas Wan Azliana, hukuman dijatuhkan ke atas pembuli itu jelas tidak setimpal dengan kesalahan dan perbuatan yang dilakukan ke atas mangsa.

Susulan itu beliau mendesak agar garis panduan kaedah hukuman terhadap pelajar sekolah disemak semula.

Katanya, setiap kesalahan ada hukuman tetapi ia hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan kerana itulah prinsip keadilan asasi (natural justice).

“Jika benar dakwaan pelajar terbabit bahawa Ketua Pengawas gagal atau cuai membuat pengumuman berkenaan larangan membawa gajet ke dalam dewan peperiksaan, itu bermakna Ketua Pengawas melanggar Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan SPM 2021 (Bahagian C).

“Pada hemat saya, itu adalah satu kesalahan dan kecuaian di pihak Ketua Pengawas,” katanya.

Jelas beliau lagi, walaupun pelajar diberi peringatan mengenai kesalahan tersebut pada hari-hari lain, itu tidak bermakna peringatan Ketua Pengawas tidak perlu diberikan pada hari kejadian.

“Tujuan larangan membawa telefon bimbit adalah untuk menghindar berlakunya peniruan oleh pelajar. Dalam kes 15 pelajar ini, adakah terdapat bukti mereka telah meniru mengunakan telefon bimbit tersebut?

“Jika tiada, Kementerian Pendidikan (KPM) tiada alasan atau sebab untuk membatalkan keputusan peperiksaan mereka,” katanya. - Getaran, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad