web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakal Jemaah Haji Dinasihat Guna Pakej Disedia PJH Berlesen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 2:43PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bakal haji yang mendapat Visa Furada dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej disediakan Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen dengan Tabung Haji (TH).

Jurucakap TH berkata, pihaknya telah melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi mengurus pemergian haji ke tanah suci untuk musim tahun ini.

“TH ingin memaklumkan bahawa permohonan visa haji selain kuota rasmi Malaysia adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

“Bakal-bakal haji yang mendapat Visa Furada dinasihati untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji disediakan oleh PJH dilesenkan TH sahaja,” katanya.

Menurut jurucakap itu, umat Islam negara ini dinasihatkan untuk lebih teliti dan berhati-hati dengan pakej haji ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH.

“Tindakan menawarkan pakej haji tanpa kelulusan TH merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

“TH sentiasa mengambil berat akan kebajikan bakal haji dan khuatir dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej haji kepada umat Islam negara.

“Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” katanya. - Getaran, 7 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar