web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penemuan Minyak Dan Gas Baharu di Luar Pesisir Miri - PETRONAS

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 12:16PM

Petronas umum penemuan minyak dan gas baharu di Miri, Sarawak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petroleum Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan satu penemuan minyak dan gas baharu di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1 dalam Blok SK405B Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), yang terletak di perairan cetek wilayah Balingian iaitu 237 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.

Telaga ‘wildcat’ ini bermaksud yang belum terbukti wujudnya minyak di situ atau dieksploitasi sepenuhnya dan tidak mempunyai rekod pengeluaran kukuh atau telah dieksploitasikan sepenuhnya sebelum itu sebagai tapak pengeluaran minyak dan gas.

Telaga cari gali Sirung-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman 2,538 meter pada Februari 2021.

Penemuan ruang minyak dan gas yang penting ini -- melebihi 100 meter dalam takungan batu pasir  Oligosen hingga Pertengahan Miosen -- mengesahkan lagi potensi wilayah Balingian, dengan baki prospek yang masih belum diterokai.

Naib Presiden Cari Gali dan Huluan Petronas, Emeliana Rice-Oxley berkata penemuan di Sirung-1 membuktikan lagi wujudnya minyak, terutama dalam kawasan belum diteroka sepenuhnya di wilayah Balingian.

“Ini direalisasikan selepas kejayaan yang sama di telaga tambahan di Medan D18.

“Kami berkedudukan baik untuk meneruskan usaha yang sama di dua blok lain di wilayah yang sama, iaitu Blok SK411 dan SK306. Oleh itu, mengusahakan blok ini dan kawasan sekitarnya yang lain tetap menjadi bahagian penting dalam pelan pertumbuhan jangka panjang Petronas dan rakan kongsi kami,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

PTTEP Sarawak Oil Ltd sebagai pengendali memegang kepentingan sebanyak 59.5 peratus, MOECO Oil (Sarawak) Sdn Bhd memegang 25.5 peratus dan Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat Petronas, memegang baki 15 peratus kepentingan dalam penyertaan di Blok SK405B.

PSC tersebut ditandatangani pada November 2017 hasil daripada Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2015.

“Kami amat gembira atas kejayaan berterusan dengan rakan kongsi kami dalam penemuan berturut-turut tahun ini di Malaysia dan tetap optimis dengan aktiviti penerokaan kami untuk 2021,” katanya.

Bagi MBR 2021, Petronas menawarkan 13 peluang baharu di lembangan prolifik Malaysia dengan disertakan terma fiskal dan bukan fiskal yang ditambah baik.

Inisiatif itu merupakan sebahagian usaha berterusan Petronas untuk berkembang bersama-sama rakan kongsinya di Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran