web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemelut Jawatan Pengurusan Tertinggi MTUC Selesai, Mohd Effendy Diangkat Presiden Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 7:00AM

Effendy Abdul Ghani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekosongan dan konflik kerusi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang berlarutan sejak tahun 2020, selesai selepas Timbalan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani dipilih memegang jawatan nombor satu itu bagi penggal 2022/2025.

Pemilihan itu dimuktamadkan menerusi Persidangan Perwakilan MTUC 2022 Kali ke-42 yang diadakan selama dua hari di Auditorium Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM) di sini.

Ia menyaksikan Mohd Effendy dari Pejabat Kesatuan Pekerja Perkeranian Pos Malaysia Berhad (UPCW) mendapat 288 undi daripada 411 perwakilan, membabitkan 115 kesatuan sekerja gabungan MTUC yang menjalankan tanggungjawab membuang undi semalam, seperti diperuntukkan di dalam Perlembagaan kongres berkenaan.

Keputusan pemilihan itu turut mengumumkan senarai pegawai tertinggi MTUC bagi penggal sama.

Jawatan Setiausaha Agung dipertahankan penyandangnya, Kamarul Baharin Mansor (NUMW) menerusi 274 undi.

Naib Presiden MTUC pula dimenangi Matkar Siwang (FIEU) dengan 265 undi.

Manakala, jawatan Timbalan Setiausaha Agung menjadi milik Mohd Khairi Man (EIWU); Setiausaha Kewangan, Wang Heng Suan (NUTP); Timbalan Setiausaha Kewangan, Ng Choo Seong (ABOM) dan Naib Presiden Sektor Swasta, Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali (KEPAIM).

Dua jawatan menang tanpa bertanding adalah Naib Presiden (Sektor Awam) yang diperoleh Nor Hayati Abdul Rashid (MNU), Asman Mohd Nawawi (AUEGCAS) dan Aminuddin Awang (NUTP) serta Naib Presiden (Sektor Majlis Tempatan & Badan Badan Berkanun), dimenangi Alwi Shakir (TOURISM), Basharuddin Harun (KKAPPUM) dan Mazmir Mohd Amin (UMGSU).

Kamarul Baharin berkata, Persidangan Perwakilan MTUC 2022 Kali ke-42 itu diadakan bagi memilih pegawai utama baharu, selain pembentangan akaun, perbincangan usul dan agenda berkaitan.

“Pada persidangan itu, MTUC memilih pegawai utama yang menunjukkan bahawa perwakilan kongres ini sudah bersuara bagi melantik pemimpin mereka harapkan untuk menjaga pekerja di Malaysia.

“Dengan selesainya persidangan ini, maka MTUC sudah melengkapkan kekosongan di semua jawatan, kecuali wakil belia dan Wanita,” katanya kepada Getaran.

Terdahulu, Getaran melaporkan, kekosongan kerusi Presiden MTUC bermula apabila calon jawatan itu mendapat undian seri semasa pemilihan pegawai kongres berkenaan pada September 2020.

Menurut Kamarul Baharin ketika itu, perlembagaan MTUC tidak menyatakan kaedah bagi menyelesaikan isu calon Presiden, memandangkan perkara tersebut terjadi di luar jangkaan kepimpinan.

Jelasnya, isu seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah perlembagaan MTUC sepanjang 70 tahun, sejak penubuhannya. - Getaran, 4 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Politik 2 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad