web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anak Durjana, Sanggup Tumbuk Bapa Hingga Cedera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 12:20PM

Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bukan saja sanggup mengugut bapanya, malah menumbuk kepala warga emas itu berulang kali dalam kejadian di Kampung Indah Permai, Tasek Permai, Ampang.

Dalam insiden jam 10.30 malam Khamis lalu itu, mangsa yang berusia 63 tahun cedera di dahi dan mata susulan tindakan suspek.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, berkata terdahulu mangsa yang bekerja sebagai peniaga dikatakan bertengkar dengan suspek berusia 33 tahun itu di rumah.

Menurutnya, dalam pertengkaran itu, suspek yang bekerja sebagai despatch (penghantar), menumbuk mangsa berulang kali menggunakan tangan sehingga menyebabkan warga emas tersebut cedera.

“Suspek juga mengugut akan terus mencederakan mangsa sekiranya menghubungi pihak polis.

“Punca pertengkaran disebabkan mangsa tidak mempercayai kata-kata suspek kerana mangsa mengesyaki anaknya itu berada di bawah pengaruh dadah,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, susulan laporan diterima, polis menahan suspek di kediamannya.

“Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek kini direman selama empat sehingga Isnin (esok) bagi membantu siasatan lanjut,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan ugutan sehingga mendatangkan ketakutan. - Getaran, 3 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad