web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekurangan Pegawai Perubatan: Hartal Doktor Kontrak Dakwa Kenyataan KKM Tak Berasas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 7:07PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hartal Doktor Kontrak (HDL) mempertikaikan kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung isu krisis kekurangan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA). 

Menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai tidak berasas, kumpulan terbabit memaklumkan, angka pegawai perubatan ‘keluar’ dari hospital kerajaan dikatakan hampir ratusan orang, manakala kakitangan itu yang ‘masuk’ tidak sampai separuh daripada jumlah tersebut. 

“Contohnya adalah penempatan pada Mac dan April lalu. Pada penempatan itu, hampir seratus orang pegawai perubatan junior (floaters) meninggalkan HKL dan HTA. Yang masuk tak sampai 30 orang. 

“Tahukah anda pihak hospital sendiri melalui sumber manusia (HR), mengeluarkan surat penangguhan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak pada ketika itu bagi semua floaters kerana HKL kekurangan pegawai perubatan,” ciapnya menerusi Twitter hari ini. 

Terdahulu, KKM memberitahu, isu krisis kekurangan pegawai perubatan di dua hospital berkenaan tidak berbangkit sama sekali. 

Jurucakap KKM berkata, surat dikeluarkan pengurusan HKL yang tular berkaitan isu kekurangan pegawai perubatan di hospital tersebut adalah bertujuan melaksanakan penyelarasan dalaman.

Menurutnya, ia bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan, khususnya di Jabatan Kecemasan HTA terus berjalan lancar.

Sebelum ini, tular sepucuk surat memaklumkan pihak pengurusan tertinggi HKL mendapati bakal berlaku kekurangan pegawai perubatan di dua hospital tersebut, berikutan pergerakan keluar floaters bermula 18 Julai depan.

Dalam pada itu, HDL berkata, sekiranya isu tersebut adalah perkara biasa seperti dinyatakan menerusi kenyataan KKM tersebut, kenapa perlu diadakan mesyuarat. 

Jelas kumpulan itu, KKM melalui edaran media sebaliknya perlu menyatakan jumlah pegawai perubatan bakal keluar dari HKL dan HTA, selain jumlah yang akan masuk ke kedua-dua hospital berkenaan. 

“Baru semua pihak tahu dan percaya ini perkara ‘biasa’ seperti dicanang KKM,” katanya. 

Menurut kumpulan itu, waktu menunggu di unit kecemasan HTA adalah melebihi tujuh jam dan di unit tersebut juga terdapat floaters. 

“Di sana juga ada floaters. Makin lamakan waktu menunggu selepas ini? Kalau mereka keluar, berapa pula yang akan ganti masuk? Sama jumlahnya atau melebihi jumlah semasa supaya masalah yang ada dapat diatasi?,” soalnya. 

“Rakyat menjadi saksi betapa kurangnya staf di HKL dan HTA. Solusi yang kita cari. Bukan penafian demi penafian,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan