web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 4:52PM

Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman difailkan seorang individu berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz semasa membenarkan permohonan itu berkata, perkara itu tidak mempunyai justifikasi dan Mohd Hatta Sanuri (plantif) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang terhadap defendan (Perdana Menteri dan kerajaan).

Mahkamah turut memerintahkan plaintif membayar kos RM6,000 dalam tempoh 30 hari.

Perkara itu disahkan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan selepas menghadiri prosiding dalam talian hari ini.

Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan untuk mengetepikan perintah ICJ yang memberikan bidang kuasa perundangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura walaupun sebelum perbicaraan kes itu, yang dijadualkan pada 11 Jun, 2018.

Pada 28 Mei tahun lepas, Mohd Hatta, 46, memfailkan saman itu mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.

Pernyataan tuntutan Mohd Hatta memohon perintah supaya kedua-dua defendan memberi penjelasan bertulis mengapa mereka menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ dengan tuntutan Pulau Batu Puteh terhadap Singapura pada 1 Jun 2018 sedangkan ia telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Feb 2017.

Beliau turut memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Pulau Batu Puteh dan berdasarkan kerugian ekonomi yang dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata berjumlah paling kurang RM10 juta.

Turut dimohon perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Feb 2017 sehingga tarikh mereka menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018.

Semasa difailkan pada Mei, jawatan perdana menteri disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, selepas beliau berundur, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kemudiannya dilantik sebagai perdana menteri kesembilan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘3 Bekas Menteri Itu Bohong, Saya Malu Lantik Mereka’ - Tun M

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad