web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pusat Rawatan TH Di Tanah Suci Dapat Permit, Setara Hospital Pakar Minor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 3:59PM

Dr Noor Hisham (tengah) melawat seorang jemaah haji yang sedang dirawat di salah sebuah Pusat Rawatan TH di Tanah Suci. - Gambar ihsan KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) di Makkah dan Madinah menjadi pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan permit (Tarkhis) oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi bagi pembukaan dan pengoperasian hospital musim haji kali ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkhidmatan ditawarkan di pusat rawatan itu hampir setara dengan Hospital Pakar Minor.

“Begitu juga untuk Permit Ambulans (Tasrih) untuk menjalankan perkhidmatan ambulans yang mana Malaysia mempunyai 20 buah ambulans spesifikasi tinggi.

“Kelulusan permit ini diberikan setelah melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi. Ini juga pengiktirafan kepada kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah Haji Malaysia di Makkah dan Madinah.

“Syabas dan tahniah kepada Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan), Dr Mohd Shaffari serta Rombongan Perubatan Musim Haji 1443H/2022M,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kira-kira 268 katil disediakan di Pusat Rawatan Pesakit Dalam membabitkan Pusat Rawatan TH di Makkah dan Madinah serta Klinik Kecemasan Ibu Pejabat TH, manakala 148 katil lagi disediakan bagi Pusat Rawat dan Rehat di Janadriyah, Land Premium dan Madinah.

Katanya, sejak Klinik Pesakit Luar di Makkah dan Madinah mula beroperasi pada 6 Jun lalu, kedatangan pesakit luar kian meningkat.

Bagaimanapun beliau berkata, hampir keseluruhan kes yang diterima boleh dirawat secara pesakit luar dan mampu dicegah menerusi amalan penjagaan kendiri.

“Seperti mana pengoperasian musim haji sebelum ini, lima kumpulan penyakit yang paling kerap diterima di Klinik Pesakit Luar ini adalah jangkitan kuman paru-paru seperti jangkitan kuman pernafasan atas (URTI), radang paru-paru dan lelah.

“Selain itu penyakit tidak berjangkit seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung; penyakit berkaitan kulit seperti rekahan kulit dan alahan serta tekanan haba, keletihan haba dan kepenatan badan,” katanya.

Sejumlah 20 ambulans turut ditempatkan di Pusat Rawatan TH di Makkah dan Madinah. - Gambar ihsan KKM
Sejumlah 20 ambulans turut ditempatkan di Pusat Rawatan TH di Makkah dan Madinah. - Gambar ihsan KKM

Mengambil kira keadaan cuaca panas terik dan kering di Tanah Suci boleh memudaratkan kesihatan, Dr Noor Hisham menasihatkan jemaah haji supaya mengambil serius langkah penjagaan kesihatan sepanjang berada di sana.

“Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

“Menjalani ibadah ini memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang tinggi memandangkan keadaan di Tanah Suci yang sentiasa sesak di samping cuaca panas selain penularan jangkitan penyakit berjangkit yang kerap berlaku.

“Justeru, jemaah disarankan mengikuti segala nasihat dan panduan kesihatan awam serta amalan pemakanan oleh KKM dan TH supaya tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan baik bagi membolehkan urusan ibadah dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan semua jemaah supaya sentiasa memakai pelitup muka terutama di kawasan sesak dan tertutup seperti dalam lif, surau dan di luar bangunan penginapan.

“Jemaah juga dinasihatkan sentiasa mengamalkan kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan, menggunakan hand sanitizer, etika batuk dan amalan kesihatan yang lain seperti kerap minum air.

“Mereka perlu mendapatkan rawatan awal di Klinik Maktab (Makkah) atau zon (Madinah) jika bergejala.

“Ini bagi pengesanan awal penyakit seterusnya rawatan awal boleh diberikan bagi mengelak komplikasi penyakit yang teruk,” katanya.

Ujarnya lagi, Pasukan Rombongan Perubatan Musim Haji Malaysia juga sedang membuat persiapan rapi menjelang hari Wukuf di Arafah, ibadah bermalam di Muzdalifah dan Mina, ibadah melontar di Jamrah serta aktiviti tawaf dan sai’e.

“KKM turut mengucapkan terima kasih atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam memastikan jemaah haji Malaysia mendapat penjagaan kesihatan terbaik sepanjang ibadah tersebut,” katanya. - Getaran 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar