web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Beri Notis Tunjuk Sebab Kepada Lokman Adam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 2:55PM

Datuk Lokman Noor Adam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dikenakan notis tunjuk sebab oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah mengeluarkan kata-kata tidak wajar kepada seorang anggota polis mahkamah dan mempersoalkan sistem perundangan negara pada perbicaraan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan insiden membabitkan Lokman dan memohon mahkamah mengenakan tindakan menghina terhadap ahli politik berusia 49 tahun itu.

“Saya dimaklumkan oleh anggota polis mahkamah, Lans Koperal Walter bahawa semasa prosiding, dia memeriksa seorang individu di galeri awam dan memintanya berhenti menggunakan telefon.

“Orang itu kemudiannya bertindak balas dan memanggilnya (polis mahkamah) bodoh. Orang itu telah dikenal pasti sebagai Lokman (Noor) Adam. Ia adalah kelakuan biadap bagi orang yang berada di mahkamah,” kata Raja Rozela.

Lokman yang dilihat berdiri di galeri awam berkata: “Saya hanya cakap kenapa ambil nota guna laptop boleh, pakai handphone tidak boleh. Saya tunjuk nota (yang saya ambil di telefon bimbit) saya kepada dia (polis mahkamah) tadi.

Lokman kemudian menjelaskan, “Saya bukan cakap bodoh kepada polis, saya hanya cakap undang-undang ini ‘bodoh’. Ini tidak adil”.

Menjawab perkara ini, Raja Rozela berkata bukan sahaja Lokman telah mengeluarkan kata-kata tidak wajar kepada penjawat awam malah beliau terus bercakap di mahkamah dengan mengatakan keseluruhan sistem adalah tidak adil.

“Tindakan segera perlu diambil, mengikut kata-katanya sebentar tadi. Menyatakan undang-undang bodoh di mahkamah. Saya mohon agar dia segera diberi notis itu bagi mengelak daripada terlepas,” kata Raja Rozela.

Susulan permohonan itu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata mahkamah mengeluarkan tunjuk sebab kepada Lokman dan bertanya sama ada beliau mahu melantik peguam, dan Lokman menjawab ‘Ya’.

Peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal mencelah dan mencadangkan agar Lokman diberi peluang melantik peguam dan hadir ke mahkamah minggu depan.

Hakim kemudian menetapkan 4 Julai untuk Lokman hadir ke mahkamah bersama peguamnya untuk menyatakan sebab mengapa dia tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram bekas timbalan perdana menteri itu bersambung petang ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi