web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Giliran Mas Ermieyati Pula Sangkal Dakwaan Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 10:42AM

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyangkal kenyataan pucuk pimpinan utama UMNO yang mengaitkan dirinya dengan tuduhan menggunakan dana sayap parti demi kepentingan peribadi.

Beliau menegaskan, kenyataan tersebut tidak benar sana sekali memandangkan dana yang dimaksudkan telah diagihkan seperti ditetapkan oleh parti melalui ketua puteri negeri dan ketua puteri bahagian seluruh Malaysia ketika itu, bagi tujuan persediaan dan gerak kerja menghadapi pilihan raya.

“Saya keluar UMNO secara rasmi pada 1 Julai 2018, selepas memikirkan saya hanya mampu berkhidmat kepada rakyat Masjid Tanah dengan lebih baik sekiranya saya bersama dengan kerajaan semasa bukan sebaliknya,” katanya hari ini.

Kelmarin, Ahmad Zahid dilaporkan memberitahu Mahkamah Tinggi, tiga Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti dan menyertai BERSATU selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berbuat demikian kerana mahu menyelamatkan diri daripada disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahmad Zahid berkata, ketiga-tiga Ahli Parlimen itu adalah antara ahli UMNO yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU-14.

Individu pertama melompat parti kata Ahmad Zahid, ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah yang kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seorang menteri mewakili kawasan Jeli, merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebelum PRU-14.

Semalam, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan kenyataan dibuat Ahmad Zahid itu.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati menambah, kenyataan seumpama itu adalah dakwaan tidak berasas yang secara tidak langsung mendatangkan persepsi buruk di mata masyarakat dan pengundi di kawasan beliau.

Semua kenyataan tersebut katanya, boleh merosakkan imej serta reputasi beliau sebagai pemimpin parti dan ahli Kabinet yang sedang berkhidmat.

“Namun begitu, ia dibuat dari kandang saksi semasa memberikan keterangan bersumpah di dalam mahkamah.

“Justeru saya perlu mengkaji dengan lebih teliti jika perkara tersebut perlu ditangani dengan lebih serius dan tegas selepas ini,” katanya.

Beliau memberitahu, tuduhan yang sama telah pun dijawabnya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini apabila ditanya wartawan, dan juga dalam kes difailkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan UMNO sebelum ini, tetapi kemudian ditarik semula. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad