web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beranak Maut Terperangkap Dalam Kebakaran Di Tangkak

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 3:43PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua beranak maut akibat terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Manja, Kampung Baru 1, dekat Tangkak, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak PPgB Rafiah Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang mengorbankan bapa berusia 52 tahun dan anak lelakinya, berumur 15 tahun itu, pada pukul 11.50 pagi tadi.

Katanya, sejurus itu, seramai 24 anggota dengan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah utiliti Hilux daripada BBP Tangkak, Muar dan Bukit Gambir, dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa yang terperangkap itu ditemukan di tingkat dua rumah terbabit,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan struktur rumah selain turut menjejaskan rumah bersebelahan.

Rafiah berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt Mohd Fadhil Minhat ketika dihubungi mengesahkan kejadian kebakaran melibatkan dua mangsa itu. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad