web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Emas Hadapi 17 Pertuduhan Rogol Ke Atas 2 Beradik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 6:04PM

Seorang warga emas dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan hari ini atas 17 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik perempuan antara 2014 hingga 2021. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seorang warga emas dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas 17 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik perempuan antara 2014 hingga 2021.

Ashaari Ibrahim, 74, yang merupakan guru mengaji al-Quran kepada dua kanak-kanak itu yang kini berumur 13 tahun dan 11, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Norhayati Mohamad Yunus.

Di hadapan Hakim Noor Aini, tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu (adik) yang ketika itu berumur tujuh tahun.

Dia dituduh melakukan semua perbuatan  itu di rumahnya (tertuduh) di Perai, Pulau Pinang antara 1 Januari 2018  dan 31 Disember 2020.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam dan serahan dokumen.

Sementara itu, di hadapan Hakim Norhayati, tertuduh didakwa atas 11 pertuduhan iaitu tujuh rogol dan empat amang seksual fizikal terhadap  kanak-kanak  yang ketika itu berumur lima tahun (kini 13 tahun).

Ashaari dituduh melakukan semua kesalahan itu di rumah sama  antara 1 Jan 2014 hingga awal Mac 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1)(e) Kanun Keseksaan bagi kes rogol yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi semua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, dia didakwa di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017  yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman tidak menawarkan ikat jamin kerana terdapat sekurang-kurangnya 10 lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa tertuduh.

“Jika tertuduh dibenarkan ikat jamin, ada kemungkinan dia boleh mengganggu mangsa dan ini boleh menyebabkan mangsa enggan tampil memberikan keterangan kepada polis. Oleh itu, saya merayu supaya tiada jaminan diberikan,” katanya.

Ashaari yang tidak diwakili peguam merayu supaya dibenarkan diikat jamin atas alasan isterinya tidak sihat.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam