Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengenalan Subjek Pendidikan Politik Tidak Sesuai, Pertingkat Subjek Sedia Ada

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 1:22PM

GPMS berpendapat pelajar tidak perlu dibebankan dengan subjek baharu kerana silibus sedia ada memerlukan mereka memberikan tumpuan menyeluruh kepada pembelajaran yang begitu kompleks kebelakangan ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan agar sukatan atau subjek pendidikan politik diperkenalkan kepada pelajar sekolah bagi memberi mereka pendedahan sedari awal dilihat sebagai tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Alif Anas Md Noor berkata, pelajar tidak perlu dibebankan dengan subjek baharu kerana silibus sedia ada memerlukan mereka memberi tumpuan menyeluruh, apatah lagi dengan struktur pembelajaran yang begitu kompleks kebelakangan ini.

 Alif Anas
Alif Anas

Kerajaan sebaliknya jelas beliau, perlu mempertingkatkan atau menaik taraf subjek sedia ada yang menyentuh elemen atau ilmu politik termasuk Sejarah, bagi melonjakkan lagi pemahaman mereka dalam soal politik.

"Di peringkat sekolah bagi saya terlalu awal. Dari segi (pengenalan subjek pendidikan politik) itu, kita kena pastikan sejauh mana pengajar tidak 'bias' untuk menentu arah ideologi politik pelajar.

"Itu antara kebimbangan kita kerana kita tidak mahu semua pelajar ini diarahkan ke satu parti politik sahaja," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman agar satu sukatan atau subjek berkaitan politik diajar sejak di bangku sekolah, bagi membolehkan pelajar mengetahui dengan jelas tanggungjawab mereka sebagai rakyat dan ejen yang menentukan hala tuju negara.

Young Syefura menyatakan demikian ketika ditanya mengenai langkah untuk mengembalikan keyakinan pengundi muda dan atas pagar, yang ketika ini dikatakan hanya lantang melontarkan pandangan dan bersuara berhubung hala tuju politik negara di media sosial, tetapi gagal turun mengundi.

Dalam perkembangan berkaitan, Alif Anas juga meluahkan keyakinan bahawa pihak berkaitan terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pasti akan mengadakan taklimat kepada golongan pelajar berhubung kepentingan untuk turun mengundi dan Undi18.

“Apabila memasuki sekolah, sudah tentu ikhtiar seseorang pelajar adalah untuk menjejak kaki ke menara gading, justeru tidak adil untuk membebankan mereka dengan penambahan subjek seumpama itu,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelajar boleh membuat projek buku folio dengan mewawancara pemimpin politik tempatan.

"Itu pun boleh beri sudut pandang berbeza kepada pelajar, berbanding memperkenalkan subjek baharu yang sudah tentu akan membebankan mereka," katanya.

Dr James Chin - Gambar dari Facebook
Dr James Chin - Gambar dari Facebook

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Dr James Chin berpandangan, cadangan untuk mewujudkan subjek pendidikan politik bukan satu langkah yang baik.

Beliau berkata, permasalahan dalam usaha mewujudkan pendidikan politik, seperti yang dilakukan di universiti di Malaysia adalah, ia telah bertukar menjadi alat propaganda.

"Masalahnya bukan dalam soal pendidikan politik, masalahnya adalah pelajar kita.

"Dalam sistem pendidikan Malaysia, dari sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke universiti, pelajar tidak diajar pemikiran kritikal, berfikir sendiri. Mereka diajar untuk mematuhi autoriti," dakwanya. - Getaran, 29 Jun 2022

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 8 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu