Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perkasa Usaha Kembalikan Keyakinan Pengundi Muda, Atas Pagar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 9:00AM

Usaha meyakinkan golongan muda untuk keluar mengundi hanya boleh dicapai jika terdapat keazaman politik tinggi dari parti untuk membawa perubahan sebenar yang boleh memanfaatkan rakyat, khususnya individu muda, termasuk dasar kuat dan prorakyat. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha berterusan oleh semua pihak, perlu dilakukan untuk mengembalikan keyakinan pengundi muda dan atas pagar yang ketika ini dikatakan hanya lantang melontarkan pandangan dan bersuara berhubung hala tuju politik negara di media sosial, tetapi tidak turun mengundi.

Bercakap kepada Getaran, pemimpin sayap pemuda beberapa parti politik berpandangan, inisiatif perlu digerakkan ke arah itu menerusi langkah tertentu bagi memastikan golongan terbabit menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi apabila tiba waktunya.

Adam Adli Abd Halim
Adam Adli Abd Halim

Menurut Adam Adli Abd Halim atau lebih dikenali sebagai Adam Adli dari Angkatan Muda Keadilan (AMK), kenyataan bahawa sebilangan besar anak muda aktif menyuarakan pendapat dan kritikan mengenai ehwal politik adalah indikator yang baik.

Katanya, situasi berkenaan bererti soal kesedaran, terutama terhadap permasalahan dan urus tadbir sememangnya wujud.

“Soal tidak mengundi bukan semata-mata disebabkan tiada kesedaran, tetapi berkait rapat dengan keyakinan terhadap institusi politik, termasuk parti politik dan pilihan raya.

Justeru, katanya, cabaran ketika ini adalah meyakinkan golongan yang sudah mempunyai berkesedaran tinggi untuk keluar mengundi.

Adam Adli berkata, usaha meyakinkan golongan itu hanya boleh dicapai jika terdapat keazaman politik tinggi dari parti untuk membawa perubahan sebenar yang boleh memanfaatkan rakyat, khususnya individu muda, termasuk dasar kuat dan prorakyat.

“Selain itu, perlu menampilkan tokoh yang lebih baik, terkehadapan dan bersih.

“Ketiga, berkait rapat pula dengan usaha keras dari sudut penerangan parti untuk memastikan mesej di atas, iaitu dasar dan tokoh baik itu, sampai kepada khalayak sasaran yang ingin ditarik keluar untuk mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan penganalisis politik, Dr Azmi Hassan seperti dilaporkan media bahawa sikap pengundi muda dan atas pagar yang hanya lantang melontarkan pandangan terhadap hala tuju politik negara di media sosial, menyebabkan kuasa sebenar mereka dalam menentukan pembentukan kerajaan tidak begitu jelas.

Azmi berkata, sebahagian besar daripada dua kumpulan tersebut gemar menyuarakan pendapat mereka di media sosial mengenai politik negara.

Menurut beliau, melalui pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini, ia tidak menampakkan pola pengundi daripada dua kumpulan tersebut kerana mereka dikatakan tidak keluar melaksanakan tanggungjawab itu.

 Young Syefura Othman
Young Syefura Othman

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Young Syefura Othman menggariskan tiga langkah boleh dilaksanakan bagi menarik golongan tersebut termasuk sesi libat urus.

Beliau berkata, golongan muda parti politik atau mereka yang berada dalam sayap pemuda parti tersebut, perlu memainkan peranan masing-masing bagi mendekati pengundi muda dan atas pagar.

Selain dapat menarik minat anak muda dengan politik dan parti politik itu sendiri, beliau menambah, pemimpin muda dari parti politik terbabit juga boleh memberi penerangan mengenai kepentingan kuasa mengundi.

“Kena selalu berhubung atau adakan ‘engagement’ dengan anak-anak muda. Selain dari dapat menarik minat anak muda dengan politik dan parti politik diwakili pemimpin muda ini, ia dapat memberikan penerangan mengenai pentingnya kuasa mengundi. Begitu juga dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), saya sarankan adakan kempen kesedaran mengundi dengan kerjasama ‘influencer’ (pempengaruh).

“Golongan influencer ini ramai juga celik politik. Kerjasama dengan mereka boleh membantu anak muda sedar kepentingan dan tanggungjawab untuk keluar mengundi,” katanya.

Rara berpendapat pendidikan politik perlu diajar di sekolah dalam usaha memberi pendedahan sewajarnya kepada golongan muda. - Gambar fail
Rara berpendapat pendidikan politik perlu diajar di sekolah dalam usaha memberi pendedahan sewajarnya kepada golongan muda. - Gambar fail

Langkah seterusnya, Young Syefura yang lebih mesra dipanggil Rara menambah, media sosial seperti Twitter dan TikTok perlu dimanfaatkan untuk usaha menyampaikan mesej mengenai kepentingan mengundi menerusi kandungan menarik serta selari minat anak muda.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pendidikan politik juga perlu diajar di sekolah dalam usaha memberi pendedahan sewajarnya kepada golongan muda.

“Kerajaan sebenarnya sudah boleh merangka satu sukatan atau subjek berkaitan dengan pendidikan politik untuk diajar kepada pelajar sekolah kerana penting bagi mereka, mengetahui tanggungjawab sebagai rakyat dan ejen yang menentukan hala tuju negara.

“Sukatan atau subjek ini perlu neutral, dengan hanya menekankan tanggungjawab dan hak rakyat Malaysia. Dalam subjek sukatan ini juga boleh dirangkumkan sekali mengenai beberapa perkara termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagai pemahaman asas untuk pelajar sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Rara berkata, beliau menyedari langkah itu sebenarnya tertakluk kepada keazaman politik sesebuah kerajaan.

Namun baginya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, hal tersebut adalah perlu dan penting.

“Ini perlu dilakukan kerajaan selepas meluluskan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Undi18. Kerajaan tak boleh lepas tangan begitu sahaja dan harap anak-anak muda ini faham sendiri mengenai tanggungjawab mereka,” katanya.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohd Hasbie Muda pula berkata, terdapat kebenaran tertentu pada pandangan penganalisis politik tersebut.

Generasi muda secara umumnya kata beliau, suka meluahkan perasaan dan pandangan dengan cara mudah, termasuk di media sosial kerana platform itu senang dicapai.

“Kesedaran untuk keluar mengundi agak rendah kerana ramai orang muda tidak melihat kaitan secara langsung antara tanggungjawab mengundi dengan kualiti ‘performance’ (prestasi) kerajaan yang bakal dipilih.

“Mereka juga merasakan bahawa wakil rakyat boleh khianat mandat mereka berikan susulan insiden Langkah Sheraton pada Februari 2020. Bagi mengembalikan keyakinan mereka, pindaan Perlembagaan untuk menghalang perbuatan lompat parti perlu segera dilaksanakan,” katanya. - Getaran, 23 Jun 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Semasa 22 jam yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 22 jam yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran