web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


599 Pusat Hiburan Diserbu Sepanjang Sejak 2019, 2,148 Ditahan Salahguna Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 8:27PM

Berdasarkan rekod JSJN Kuala Lumpur, seramai 2,148 orang ditahan dengan pelbagai jenis dadah telah dirampas dalam tempoh 3 tahun sejak 2019. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 599 pusat hiburan diserbu Polis Kuala Lumpur dalam tempoh tiga tahun sejak 2019 sehingga awal tahun ini.

Sepanjang tempoh itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Kuala Lumpur merekodkan seramai 2,148 orang ditahan dengan pelbagai jenis dadah dirampas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, serbuan tertinggi dilakukan pihaknya adalah pada 2019 dengan sebanyak 295 operasi.

Azmi Abu Kassim - Gambar fail
Azmi Abu Kassim - Gambar fail

Jelasnya, sebanyak 187 serbuan pula dilakukan pada 2020, diikuti 51 serbuan (2021) dan 55 serbuan (Januari sehingga Jun lalu).

“Sebanyak 1,268 orang ditahan pada 2019, diikuti 527 orang (2020), 190 orang (2021) dan 160 orang (Januari sehingga Jun lalu).

“Sepanjang tempoh sama, lebih daripada 15 pusat hiburan dipercayai menjalankan aktiviti dadah ditutup,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, tindakan diambil Polis Kuala Lumpur bersama-sama JSJN membuktikan tindakan sentiasa diambil pihak berkuasa. 

Beliau berkata, tindakan itu akan diteruskan dan dipertingkatkan bagi mengelakkan golongan belia khususnya, terbabit masalah dadah.

“Kita sentiasa terbuka untuk menerima sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Kuala Lumpur,” katanya.

Pada 23 Jun lalu, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan sekurang-kurangnya 15 pusat hiburan di sekitar ibu kota, dikesan menjalankan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang didalangi pemilik serta sindiket dadah.

Musa yang kini Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) berkata, lokasi terbabit dikenalpasti melalui tinjauan di lapangan dan maklumat orang ramai.

Beliau berkata, apa menyedihkan, tiada sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa terhadap pusat hiburan seperti ini yang didapati semakin bermaharajalela.

Berdasarkan maklumat dan risikannya, pusat hiburan itu beroperasi secara curi-curi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan selepas tempoh berkenaan, mereka meneruskan aktiviti hiburan mereka sehingga lewat pagi.

Bagaimanapun, sebagai respon kepada kenyataan tersebut, Azmi berkata MCCC sehingga kini belum memberikan sebarang maklumat berhubung isu tersebut kepada Polis Kuala Lumpur. - Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad