web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut Kemalangan Dengan Treler

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 8:21PM

5 sekeluarga termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan - Segamat, petang tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi maut apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kuantan- Segamat, kira-kira 3 petang di sini hari ini.

Mereka yang maut pasangan suami isteri Muhammad Rosli Ibrahim, 33, Nor Afiqah Abdullah Sani, 35 dan anak mereka Nur Safwa Irdina, 7, Nur Sofea Raida, 6, serta seorang bayi lelaki yang belum dikenal pasti identiti.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Muhammad Rosli yang memandu kereta jenis Toyota dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan telah memasuki laluan treler berkenaan.

“Pemandu treler yang berada di laluan Kuantan-Segamat cuba mengelak ke kiri jalan, namun kerana jarak terlalu dekat telah melanggar bahagian hadapan kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu treler berusia 26 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemua mangsa yang beralamat di Perak telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat. 

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.17 petang tadi sebelum 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini dan Taman Tas digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan kesemua mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam