web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Sekeluarga Maut, Myvi Bertembung Treler Di Bentong

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 1:32PM

Bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, di Bentong. - Gambar dari Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, di Bentong kira-kira 195 kilometer dari sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh dalam kejadian pada 4.10 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kereta Marlianna Abdul Muid, 37, dan adiknya Marlia, 36, akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Sementara dua mangsa kanak-kanak dikenali sebagai Muhammad Aisy Harraz Aziz, tujuh tahun dan anak Marlia, Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, sembilan tahun berada di bahagian penumpang belakang kereta itu, disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, kira-kira 6.30 pagi tadi, katanya.

Kesemua mangsa beralamat di Banting, Selangor.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Marlianna dari arah Kota Bharu, Kelantan ke Selangor cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak berjaya sebelum bertembung dengan treler dari arah bertentangan. 

"Pertembungan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang hadapan tersepit dan kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan menyebabkan bantuan bomba diperlukan bagi mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata pemandu treler yang berusia 42 tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun bahagian hadapan trelernya itu turut rosak.

Kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar