web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Harian COVID-19 Menurun Sedikit, 1 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 11:57AM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini mencecah 35,746 orang setakat ini dengan 7,583 daripadanya adalah kes BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 dalam negara kembali menurun dengan 2,003 kes baharu direkodkan semalam, berbanding 2,302 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,556,664 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,000 kes tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Satu lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian itu dilaporkan berlaku di Pulau Pinang.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,746 setakat ini dengan 7,583 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 28,151 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96 peratus atau 27,025 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 13 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,082 orang atau 3.8 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 31 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 1,861 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,492,767 kes. - Getaran, 27 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad