web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Krisis Apa? Pemimpin UMNO Tepis Dakwaan Annuar Musa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 4:30PM

Ahmad Shabery Cheek - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menepis dakwaan mengatakan parti itu sedang menuju ke arah krisis, berikutan pemecatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini.

Ini selepas Ahli Parlimen Ketereh dan Ketua UMNO Bahagian kawasan tersebut, Tan Sri Annuar Musa memberi amaran tentang risiko berlakunya krisis dalaman, sekali gus membawa kepada penyingkiran lebih ramai ahli parti kerana bersuara terhadap kepimpinan parti.

Bercakap kepada The Vibes, Ahli MKT, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, hanya ahli yang berasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sendiri akan percaya bahawa UMNO berada dalam keadaan bermasalah.

“Tiada krisis, melainkan mereka yang merasakan tidak selamat,” katanya.

Ditanya berhubung kenyataan Annuar bahawa lebih ramai pemimpin UMNO akan disingkirkan, Shabery, yang merupakan seorang ahli politik senior dengan pengalaman menerajui beberapa kementerian secara sinis berkata.

Annuar seolah-olah mengetahui lebih banyak berbanding orang lain.

“Saya rasa Annuar tahu segala-galanya. Dia lebih mengetahui apa yang dia maksudkan,” katanya.

Dalam hantaran di Facebook semalam, Annuar memberi amaran bahawa pemecatan Tajuddin daripada MKT hanya akan membawa parti tersebut ke arah krisis dan bertentangan dengan semangat serta resolusi yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

Beliau berkata, meskipun terdapat peruntukan bagi Presiden UMNO memecat ahli MKT yang dilantik, tindakan itu tidak membawa sebarang kebaikan.

“Difahamkan, ada lagi beberapa nama yang sudah dicop sebagai musuh politik, bakal dipecat. Roda politik terus berputar,” katanya.

Berdasarkan surat bertarikh 21 Jun yang dikemukakan kepada Tajuddin oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Ahli Parlimen Pasir Salak itu sebagai ahli MKT yang dilantik.

Ahmad Zahid kemudiannya dilaporkan sebagai berkata, penyingkiran Tajuddin adalah kerana sikap kritisnya terhadap UMNO.

Seorang lagi Ahli MKT UMNO, Datuk Arman Azha Abu Hanifah turut menolak pendapat bahawa parti itu berada dalam krisis dan menekankan, mesyuarat semalam berlangsung dalam suasana yang damai.

“MKT membincangkan hala tuju parti dalam mendepani pilihan raya umum, dan kita konsisten dengan pendirian kita agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri kekal sebagai ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN),” katanya.

Arman Azha berkata, walaupun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan kepimpinan parti, ia tidak semestinya membawa kepada perpecahan.

“UMNO kini lebih terbuka untuk menerima pandangan berbeza dan kritikan, selagi ia bermaksud untuk memastikan keutuhan parti, dan bukan untuk melemahkan kita.”

Ditanya sama ada kenyataan Annuar merupakan satu gambaran bahawa beliau bimbang dengan nasibnya sendiri sebagai seorang calon pilihan raya, Arman Azha berkata, kepimpinan tertinggi parti akan menentukan siapa yang mereka rasakan sebagai calon boleh menang.

Annuar merupakan seorang ahli politik veteran UMNO dan sudah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal.

Beliau juga pernah menjadi wakil rakyat selama dua penggal iaitu dalam 1986 dan 2004, selain memegang pelbagai jawatan dalam Kabinet.

Ketika ini, beliau ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia. - The Vibes, June 25, 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad