web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarik Semula Keputusan Apung Harga Ayam Langkah Rasional - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 1:48PM

Fahmi (dua kanan) membantu membungkus pek makanan untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan. - Gambar oleh Syeeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan menarik semula keputusan mengapungkan harga ayam di pasaran disifatkan sebagai tindakan yang rasional dan realistik.

Ahli Parlimen Pantai Dalam, Fahmi Fadzil berkata, penghapusan serentak mekanisma kawalan seperti subsidi terhadap harga barangan akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi rakyat secara keseluruhan.

Menurutnya, kesan tersebut bukan saja dirasai oleh golongan B40 malah turut membabitkan sebahagian besar kumpulan M40.

Fahmi berucap di Program Penyerahan Makanan Anjuran Cargill Malaysia hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Fahmi berucap di Program Penyerahan Makanan Anjuran Cargill Malaysia hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

“Saya rasa keputusan itu adalah satu langkah yang rasional dan realistik kerana apabila terlalu banyak subsidi atau mekanisma kawalan dilupuskan secara serentak, kesan terhadap rakyat akan bertimbun-timbun.

“Golongan B40 pastinya akan paling terjejas namun saya jangka golongan M40 bawahan turut akan dipukul hebat daripada inflasi dan peningkatan harga barang serta ayam,” katanya ketika ditemui selepas Program Penyerahan Makanan Anjuran Cargill Malaysia dengan badan bukan kerajaan (NGO) Rise Against Hunger, di sini, hari ini.

Justeru, Fahmi berkata, Pakatan Harapan (PH) meminta penjelasan daripada Jemaah Menteri, apakah langkah untuk merasionalisasikan subsidi dan apa perancangan kerajaan sehingga hujung tahun berhubung isu tersebut.

Sukarelawan membungkus pek makanan. - Gambar oleh Syeda Imran
Sukarelawan membungkus pek makanan. - Gambar oleh Syeda Imran

Menurut beliau lagi, perlu ada ikhtiar tambahan daripada Ahli Parlimen untuk membantu rakyat bagi mengurangkan bebanan mereka selain penjelasan lanjut dan dasar baharu daripada kerajaan.

“Kesannya amat memilukan, bayangkan ada warga Lembah Pantai yang mengadu sebanyak RM60 daripada RM100 dibelanjakan hanya untuk membeli minyak dan ayam. Itu belum lagi 1 Julai,” katanya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR itu, sebagai ikhtiar tambahan daripada pihaknya, beliau akan mengadakan satu program jualan bahan makanan bersubsidi pada 2 dan 3 Julai untuk 800 penduduk di seluruh Lembah Pantai.

Sukarelawan di Program Penyerahan Makanan Anjuran Cargill Malaysia. - Gambar oleh Syeda Imran
Sukarelawan di Program Penyerahan Makanan Anjuran Cargill Malaysia. - Gambar oleh Syeda Imran

Katanya, program tersebut adalah antara respon terhadap peningkatan harga barang dan pelupusan subsidi yang diumumkan kerajaan bermula 1 Julai depan.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak Mydin, penduduk hanya perlu membayar RM50 untuk barangan berharga RM100 dan lokasinya akan diumumkan kemudian.

“Program dibahagikan kepada dua lokasi iaitu satu untuk Kampung Kerinchi dan lagi satu Taman Seri Sentosa,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar