web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Najib Tidak Ambil Apa-Apa Tindakan, Dia Relaks Je,' - Ahmad Husni

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 8:50PM

Ahmad Husni Hanadzlah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa sekiranya beliau Perdana Menteri, beliau pasti akan mengambil tindakan apabila wang US$700 milik 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) dipindahkan kepada Good Star Limited, yang dimiliki oleh ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho or Jho Low.

Ahmad Husni, 70, berkata beliau akan mengambil tindakan segera, dan mendakwa pindahan itu akan akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Saksi pendakwaan ke-20 itu berkata apabila beliau mendapat tahu bahawa wang itu dipindahkan kepada Good Star Limited dan bukannya terus kepada PetroSaudi International (PSI), beliau telah bertanya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, namun bekas perdana menteri itu hanya mendiamkan diri, dan tidak menunjukkan sebarang reaksi atau mengambil sebarang tindakan mengenainya.

“Sekiranya saya pemimpin tertinggi, pasti saya akan terperanjat dan saya akan mengambil tindakan, tapi dia relaks je,” kata saksi itu semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan Najib berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Sebelum ini mahkamah diberitahu bahawa pada 30 Sept 2009, sebanyak US$700 juta telah dipindahkan kepada Good Star Limited, yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu.

“Datuk Seri Najib tidak bimbang dengan perkara itu. Saya jumpa dia beberapa kali, tapi tiada tindakan yang diambilnya,” kata Ahmad Husni.

Muhammad Shafee: “Sebagai PM (Perdana Menteri) tanpa ‘engagement’ dengan syarikat iu, bagaimana dia nak ambil tindakan?”

Ahmad Husni: Dia boleh hubungi pihak pengurusan, boleh ketepikan mereka (pengurusan), tapi tiada tindakan juga, dia relaks je.

Muhammad Shafee kemudian berkata keterangan saksi itu bagaikan menghina Perdana Menteri ketika itu, namun Husni menafikannya.

Husni juga berkata segalanya dalam 1MDB adalah di bawah kuasa Najib, termasuk kelulusan untuk pelaburan.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek