web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertuduhan Penyanyi Yasin Tanam 17 Pokok Ganja, Kekal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 7:00PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pertuduhan menanam 17 pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, dikekalkan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah, berkata ia berdasarkan laporan kimia yang diperoleh pihak pendakwaan petang semalam.

“Bagi kes ini, pertuduhan dikekalkan dan pihak kami memohon satu tarikh baharu untuk serahan dokumen kepada pihak pembelaan,” katanya semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat.

Peguam Ariff Azami Hussien, yang mewakili Muhammad Yasin, 47, berkata pihaknya berterima kasih kepada pendakwaan kerana dapat menyiapkan laporan kimia itu dalam tempoh masa yang singkat dan memohon dua minggu untuk tarikh sebutan kes.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Mohd Asnawi berkata hasil laporan kimia itu mengesahkan 17 pokok itu adalah pokok ganja.

Pelantun lagu ‘Mimpi Laila’ itu didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis boleh diperoleh sama ada secara terus atau secara tidak langsung di kediamannya di Kondominium Casa Indah, Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, 24 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Majistret Zhafran Rahim Hamzah turut menetapkan tarikh sama (6 Julai) untuk sebutan semula kes bagi pertuduhan mengedar dadah dihadapi Muhammad Yasin selepas Mohd Asnawi memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan lanjut mengenai laporan kimia berhubung kes itu (edar dadah) yang diperoleh semalam.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kelihatan isteri, dan anak perempuan Muhammad Yasin berusia 14 tahun serta ahli keluarga penyanyi itu hadir ke mahkamah hari ini.

Sebelum masuk ke bilik mahkamah, Muhammad Yasin yang memakai baju kemeja-T berwarna hitam dan berseluar putih sempat mengucapkan ‘Assalamualaikum’ kepada pihak media dan mengucapkan takziah di atas pemergian penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar serta rakan baiknya, Mujahid Abdul Wahab.

Sementara itu, seorang lagi peguam Muhammad Yasin, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff memberitahu pemberita, anak guamnya memerlukan rawatan pakar untuk penyakit bipolar di hospital yang mempunyai rekod penyanyi itu.

“Saya difahamkan, sebelum ini Yasin sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, namun ia bukan tempat yang sesuai. Lebih baik Yasin dapatkan rawatan pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Pantai Kuala Lumpur yang mempunyai rekod kesihatannya," kata peguam itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad