web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Saya Syak Syed Saddiq Subahat Dengan 2 Lagi Individu' - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 6:31PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penolong penguasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau mengesyaki Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah bersubahat dengan dua individu berhubung kehilangan wang tunai RM250,000 dari peti besi di kediaman ahli politik itu, dua tahun lepas.

ASP Ahmad Marzuqi Ibrahim, 39, yang merupakan pegawai penyiasat kes tersebut berkata beliau mengesyaki perkara itu kerana hanya Syed Saddiq dan dua individu bernama Siti Nurul Hidayah dan Lim Hooi Sean yang mengetahui kata laluan peti besi.

“Hanya cap jari Syed Saddiq yang ditemukan pada almari dan sekitar kawasan peti besi itu. Saya mengesyaki ketiga-tiga mereka terlibat atau bersubahat di dalam kes kehilangan wang tersebut.

“Saya mengesahkan pada masa itu, saya telah memberikan surat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan saya, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diperoleh dari pihak BNM,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali pada hari kedua perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram.

Saksi pendakwaan kelima itu juga mengesahkan berdasarkan hasil siasatannya, tiada kesan umpilan dijumpai pada peti besi dan hanya terdapat kesan cap jari bekas Menteri Belia dan Sukan pada peti besi berkenaan.

“Saya tidak melakukan seberang pengesahan atau siasatan bagaimana YB Syed Saddiq memperoleh wang tersebut kerana siasatan saya ketika itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kecurian dalam bangunan. 

“Saya juga mengesahkan YB Syed Saddiq tidak pernah memberitahu wang yang hilang tersebut adalah wang campuran politik. Beliau hanya menyatakan bahawa itu adalah wang simpanan beliau dan juga ibu bapa beliau,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Marzuqi berkata susulan laporan polis tentang kecurian wang RM250,000 yang dibuat Syed Saddiq pada 29 Mac 2020, beliau telah membuat tangkapan terhadap pembantu rumah ahli politik itu, seorang warga Indonesia bernama Novi Dwi Anggraeni.

“Bagaimanapun, Novi dibebaskan daripada siasatan kerana tiada keterangan dan bukti yang mengaitkannya dalam kes ini. Saya juga mengesahkan tiada kesan pencerobohan di bilik YB Syed Saddiq.

“Saya juga mengesahkan tiada percanggahan terhadap keterangan individu-individu yang telah diambil keterangan berkaitan wang yang hilang itu,” katanya.

Sementara itu, saksi pendakwaan ketujuh iaitu Koperal Helmi Abdul Rahman yang menerima panggilan MERS 999 dari Syed Saddiq berkenaan kejadian kecurian itu berkata beliau tidak mengesyaki laporan kehilangan duit yang dibuat adalah palsu.

“Saya juga tidak bertanya kepada Syed Saddiq bila beliau sedar duit tersebut telah dicuri atau hilang,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung 4 Julai. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini