Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Peguam Tidak Wajar Dihalang Laksana Tugas Di Mahkamah - Majlis Peguam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 10:02PM

Karen Cheah - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kumpulan hak asasi media dan peguam, masing-masing mempertahankan tugas serta peranan mereka, susulan insiden pergaduhan membabitkan peguam dengan jurugambar ketika keputusan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Dua kumpulan itu menyuarakan pendirian bahawa mereka perlu diberi ruang melaksanakan tugas masing-masing secara profesional.

Pendirian itu disuarakan berhubung insiden antara jurugambar Utusan Malaysia, Zulfadhli Zaki dan peguam bela S Suresh, menyaksikan pengamal undang-undang terbabit cedera ringan selepas dipukul dengan kamera ketika beliau didakwa menarik kad media yang tergantung di leher petugas media berkenaan.

Tangkap layar kekecohan yang berlaku antara jurugambar Utusan Malaysia, Zulfadhli Zaki (kiri) dan peguam S. Suresh di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.
Tangkap layar kekecohan yang berlaku antara jurugambar Utusan Malaysia, Zulfadhli Zaki (kiri) dan peguam S. Suresh di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah berkata, penting untuk seseorang peguam tidak dihalang daripada menjalankan tugas mereka di kompleks mahkamah.

Katanya, berdasarkan makluman awal mengenai kejadian itu, sebarang kemungkinan provokasi dan serangan terhadap peguam di mahkamah adalah ‘tidak wajar dan tidak boleh diterima’.

“Mahkamah adalah tempat peguam menjalankan tugas dengan mewakili dan membangkitkan hujah di hadapan hakim. Semasa mereka bertugas di kompleks mahkamah, keselamatan dan ketenangan fikiran mereka adalah amat penting,” katanya menerusi kenyataan kepada The Vibes.

Karen berkata, biarpun beliau menghargai tugas pengamal media bagi mendapatkan gambar atau bahan berita, pergerakan dan ruang peribadi peguam, termasuk individu diwakili mereka, harus dihormati.

“Tolak-menolak hanya menimbulkan kekecohan dan salah faham,” katanya sambil menambah kebimbangan berhubung isu keselamatan peguam di mahkamah akan dibangkitkan kepada pengurusan institusi kehakiman itu bagi melaksanakan protokol pencegahan.

Sementara itu, gabungan pengamal media dan penyokong kebebasan akhbar dikenali sebagai Gerakan Media Merdeka, mengulangi gesaannya supaya undang-undang lebih baik dilaksanakan untuk melindungi petugas media di lapangan.

“Sebarang percubaan untuk menghalang media daripada menjalankan tugas mereka, terutama membabitkan tindakan fizikal adalah tidak boleh diterima,” katanya.

Gerakan itu berkata, media dibenar menyiarkan gambar dan nama individu dituduh dalam sesuatu kes selagi mereka bukan dalam kalangan juvana.

“Dalam kes ini, peguam mewakili tertuduh sepatutnya memaklumkan kepada petugas media lebih awal sekiranya terdapat keperluan untuk melindungi identiti suspek,” katanya.

Kumpulan iti berkata, pengamal media harus mengelak daripada melakukan tindakan provokasi atau serangan balas, melainkan ada keperluan untuk mempertahankan diri.

Menerusi laporan portal ini, Zulfadhli dan Suresh sudah menyelesaikan konflik mereka tetapi tetap meneruskan laporan polis yang dibuat masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9, Shah Alam.

Terdahulu, Zulfadhli memberitahu The Vibes bahawa walaupun dia dan Suresh kesal serta menerima akibat perbuatan mereka, kejadian terbabit tidak sepatutnya berlaku sejak awal kerana dia hanya menjalankan tugas sebagai jurugambar.

“Dia (Suresh) tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang peribadi saya secara agresif.

“Dia seorang peguam, bukan pengawal peribadi. Saya hanya cuba melakukan kerja saya,” katanya yang menyatakan bahawa dia bertindak balas dengan memukul dahi peguam itu menggunakan kameranya untuk mempertahankan diri selepas tag medianya diragut.

Dalam video pergelutan yang tular di media sosial itu, Suresh dilihat cuba ‘merempuh’ jurugambar sambil melindungi anak guamnya, Samirah Muzaffar. 

Samirah Muzaffar - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Samirah Muzaffar - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kejadian itu berlaku ketika Samirah tiba di mahkamah untuk mendengar keputusan kes pembunuhan Ketua Pegawai Esksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan membabitkan beliau dan dua remaja sebagai tertuduh.

Bagaimanapun, Samirah dan dua remaja terbabit dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Nazrin.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah yang juga balu Nazrin dan kedua-dua remaja itu. - Getaran, 21 Jun 2022
 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Semasa 12 jam yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

oleh Rafisqi Radhi