web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jual MySejahtera: Kerajaan Belum Keluarkan Bayaran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 1:17PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, kerajaan belum mengeluarkan sebarang pembayaran kepada pengendali aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM), sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk membuat rundingan harga berhubung perkara itu.

“KKM baru sahaja mendapat keputusan daripada Pejabat Peguam Negara yang membenarkan rundingan harga dijalankan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital KKM di sini, hari ini.

Katanya, hasil rundingan tersebut akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) sebelum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Kontroversi membabitkan aplikasi tersebut tercetus selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) sebelum ini  membangkitkan persoalan tentang penjualan MySejahtera kepada sebuah syarikat swasta.

Dalam laporan itu, keputusan penjualan tersebut dibuat Kabinet pada 26 November 2021 dan membenarkan KKM melantik MySJ Sdn Bhd melalui mekanisme rundingan terus untuk mengambil alih aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun Khairy menafikan perkara berkenaan dan menegaskan bahawa data MySejahtera adalah di bawah penyeliaan kementerian tersebut sejak ia mula digunakan.

Malah katanya, pemindahan pengurusan aplikasi itu sebagaimana yang berlaku ketika ini membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy mendedahkan lebih 80 peratus wanita di negara ini dikesan menghidap kanser ovari tahap 3 dan 4 selepas melakukan pemeriksaan doktor.

Susulan itu, katanya, ia perlu diteliti bagi membolehkan pengesanan awal terhadap penyakit tersebut dilakukan misalnya melalui ujian saringan lebih baik.

Beliau berkata, bagaimanapun ujian saringan seperti pemeriksaan multimodaliti (MMS) atau pemeriksaan ultrabunyi (USS) tidak terlalu berkesan buat masa ini, begitu juga di negara lain.

Tegasnya, saringan populasi umum untuk kanser ovari dengan strategi saringan sedia ada, sudah tentu tidak boleh disyorkan berdasarkan bukti setakat ini kerana pengurangan kematian tahap 3 dan 4, tidak mencukupi untuk diterjemahkan ke dalam keadaan selamat.

“Ini berdasarkan pengalaman dari negara lain sama ada melakukan MSS atau USS. Jadi cara terbaik adalah untuk mewujudkan kesedaran dari segi tanda awal sebelum kita mendapatkan kaedah saringan yang lebih berkesan untuk kanser ovari.

“Dan sudah tentu ia bergantung pada banyak penyelidikan untuk mencari diagnostik atau saringan untuk kanser ovari dengan lebih baik,” katanya. - Getaran 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar