web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tuhan Kasi’ Varian Baharu, Hasil Rasa Dan Bau Sangat Sedap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 8:31PM

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin bersama pencinta durian lain, mempamerkan buah durian 'Tuhan Kasi'. – Gambar The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PULAU PINANG - Pengusaha durian di Sungai Ara, di sini, berjaya menghasilkan varian baru ‘raja buah’ yang diramalkan bakal menyaingi Musang King dan Blackthorn pada musim akan datang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, varian baharu berkenaan dikenali sebagai ‘Tuhan Kasi’ kerana rasa dan baunya sangat sedap.

Beliau yang teruja dengan keenakan buah tersebut berkata, varian baharu durian tersebut semakin diminati penduduk tempatan khususnya dalam kalangan penduduk Bayan Baru.

“Pada permulaan ia memberikan rasa manis namun di penghujung ada rasa yang agak pahit,” katanya sambil mengaku ‘ketagih’ dengan keenakan rasa dihasilkan.

Menurut Tze Tzin, dusun durian Sungai Ara kini hampir menjadi pesaing utama pengusaha durian di Balik Pulau kerana memiliki landskap berbukit dan tanah yang sama.

“Suasananya hampir sama (dengan Balik Pulau), jadi saya rasa Pulau Pinang kini mempunyai dua kawasan utama untuk penanaman durian yang lazat ini,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, Sungai Ara mempunyai kira-kira 1,000 ekar tanah yang dikhaskan untuk penanaman buah berkenaan.

Justeru, beliau melihat bahawa Pulau Pinang mempunyai potensi besar untuk memajukan industri durian seperti yang dilaksanakan di China dengan mengeluarkan aneka juadah berperisa ‘raja buah’ tersebut.

“Usahawan di sini perlu memanfaatkan potensi yang ada pada buah ini selain daripada menanam dan menjualnya kepada pemborong atau peruncit untuk dieksport,” katanya.

Menurut beliau lagi, industri durian berpotensi besar untuk menghasilkan produk lain secara komersil seperti biskut dan coklat.

Pada masa sama, beliau juga mahu pengusaha tanaman tersebut bersedia untuk menerima pelancong dari luar negara terutamanya dari China susulan pembukaan semula ekonomi selepas COVID-19.

“Warga China pasti mahu untuk melancong memandangkan mereka sangat menggemari buah durian, justeru, Malaysia dan Pulau Pinang khususnya mungkin menjadi destinasi pilihan mereka. Jadi kita kena bersedia,” katanya. - The Vibes, 20 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar