web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Kritikal Ada Dadah Dalam Badan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 4:29PM

Datuk Muhamad Zaki Harun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, dekat sini berada dalam keadaan kritikal selepas pemeriksaan doktor mendapati ada kandungan dadah dalam badannya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata seorang doktor membuat laporan mengenai kejadian itu pada 5 pagi semalam, selepas mangsa dihantar oleh ibunya berusia 36 tahun untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Katanya susulan kejadian itu, bapa saudara kanak-kanak tersebut berusia 30 tahun yang juga seorang penagih dadah tegar, telah ditahan.

“Pemeriksaan doktor mendapati ada kandungan dadah disyaki dadah jenis methamphetamine di dalam badan kanak-kanak tersebut berdasarkan ujian air kencing.

“Susulan itu, kanak-kanak tersebut telah dihantar untuk tindakan lanjut ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu kerana keadaannya yang kritikal,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata siasatan awal mendapati ketika dalam jagaan bapa saudaranya, kanak-kanak tersebut dikatakan telah dibawa kemungkinan ke lokasi penagihan dadah.

“Polis sedang menyiasat sama ada kanak-kanak itu diberi dadah atau dibiarkan sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terdedah kepada dadah.

“Polis telah menahan suspek (bapa saudara) pada 10 malam tadi yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes ini,” katanya.

Muhamad Zaki berkata kes tersebut adalah yang pertama seumpama itu berlaku di Kelantan.

“Sesuatu yang amat malang kerana melibatkan kanak-kanak. Polis dalam proses untuk mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad