web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbabit Pelbagai Kesalahan, 127 Pengguna Kenderaan Disaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 11:55AM

Polis telah mengeluarkan saman ke atas 127 penunggang atas pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal di sekitar Jalan Ampang Indah, awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook Friends of Trafik Ampang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 127 individu disaman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah (Ops Motosikal), semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohammed Farouk Eshak berkata, Ops Motosikal di sekitar Jalan Ampang Indah bermula kira-kira jam 10.30 malam dan berakhir awal pagi tadi .

“Hasil operasi dijalankan, sebanyak 127 pengguna kenderaaan menerima notis saman atas pelbagai kesalahan.

“Pihak polis turut menyita 11 motosikal atas pelbagai kesalahan termasuk mengubahsuai struktur kenderaan dan ekzos," katanya hari ini.

Beliau berkata, kesemua motosikal terbabit disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengguna Jalanraya semasa Op Samseng Jalanan, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan.

“Kami akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. - Getaran,18 Jun 2022.


 


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek