web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketidakcekapan LRT: Tambang Percuma Bukan Penyelesaian, Cubaan Alih Isu Sebenar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 6:56PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penawaran perkhidmatan percuma selama sebulan kepada pengguna pengangkutan awam kendalian RapidKL bukan penyelesaian kepada isu ketidakcekapan perkhidmatan tren milik syarikat itu, khususnya Transit Aliran Ringan (LRT).

Sebaliknya, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berpendapat, ia tindakan populis untuk mengalih perhatian terhadap isu sebenar yang berlaku hari ini.

“Sejak sebulan lalu, pengguna sistem pengangkutan awam itu di Selangor dan Kuala Lumpur melahirkan kekesalan mereka melalui tulisan di media massa mahupun media sosial terhadap ketidakcekapan perkhidmatan tren, khususnya bagi LRT laluan Kelana Jaya.

“Sehingga hari ini, pengguna masih menyatakan kesesalan mereka mengenai kesesakan luar biasa di stesen yang menerima pengguna ramai di ibu kota, seperti Stesen Pasar Seni dan Stesen Masjid Jamek,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malah beliau berkata, isu pengurangan kekerapan tren bagi laluan tersebut kerana masalah kerosakan gerabak kereta api kerana diselenggara Prasarana Malaysia Berhad tidak seharusnya berlaku.

“Kekerapan tren dengan selang waktu sehingga enam minit pada waktu puncak tidak dapat menampung jumlah pengguna yang ramai di Lembah Klang.

“Walaupun tren itu memerlukan naik taraf atau penyelenggaraan, ia tidak sepatutnya dibuat serentak ke atas jumlah yang banyak sehingga menjejaskan bilangan pengangkutan berkenaan yang beroperasi,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat, peruntukan sebanyak RM155 juta bagi menampung tambang percuma selama sebulan itu adalah jumlah amat besar.

Katanya, peruntukan itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki tren dan eskalator atau alatan rosak di stesen LRT serta MRT demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

“Pada hemat saya pengguna pengangkutan awam masih mampu menggunakan Kad My50 yang disediakan untuk menampung tambang bulanan mereka.

“Seharusnya, kerajaan Persekutuan mendengar keluhan rakyat yang terpaksa berhadapan dengan ketidakcekapan operasi sistem pengangkutan tren selama sebulan, termasuk isu eskalator tidak berfungsi serta kerap rosak,” katanya.

Susulan itu, beliau berharap kerajaan dan Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil langkah lebih bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu sebenar yang dihadapi pengguna pengangkutan awam.

Baru-baru ini, netizen sekali lagi mengamuk di media sosial apabila terlepas beberapa tren pada waktu puncak disebabkan kesesakan luar biasa, membabitkan perkhidmatan itu sejak awal pagi.

Seorang pengguna Twitter, Nrjwznl berkata, dia terlepas dua tren untuk ke pejabatnya kerana kedua-dua gerabak dipenuhi penumpang.

“Tidak ada guna kau bangun awal hanya nak naik tren awal pagi untuk sampai di pejabat tepat pada masanya, tapi terlepas dua tren kerana penuh dengan penumpang dan kekerapan setiap lima minit.

“Dari 8 (pagi) tunggu tren tak dapat masuk. Eh kebodohan apa? Hari ini memang aku nak maki je sebab makin lama makin b**** RapidKL ni,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Akhir bulan lalu, perkhidmatan itu turut mengundang kemarahan ramai kerana mengalami kelewatan disebabkan masalah bekalan kuasa elektrik di dua ‘Traction Power Sub Station’ (TPSS) di Stesen Taman Jaya dan Stesen Universiti.

Menurut kenyataan Rapid Rail, siasatan awal menunjukkan berlaku insiden ‘circuit breaker’ terputus, menyebabkan bekalan elektrik ‘tergendala’ dan tren kehilangan kuasa untuk bergerak. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Lulus RM50 Juta Luaskan Lorong Khas Bas, Beli Van DRT - Ahmad Zahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma OKU Untuk Semua Perkhidmatan PRASARANA Mulai 1 Februari - Loke

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad