web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Transformasi Undang-Undang Seiring Perubahan Semasa - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 6:18PM

Ismail Sabri berucap di majlis perasmian Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata transformasi undang-undang perlu dilakukan segera kerana keadaan berubah dan undang-undang juga perlu bergerak mengikut keadaan semasa.

Berucap pada perasmian Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya hari ini, beliau berkata penambahbaikan turut akan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri berkata kerajaan telah melaksanakan transformasi undang-undang secara signifikan dan beliau turut mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji serta meneliti undang-undang sedia ada termasuk 147 undang-undang yang telah lapuk.

“Sebagai contoh, teknologi digital hari ini semakin pesat membangun. Dalam konteks ini, undang-undang yang sedia ada tidak relevan dengan ledakan teknologi digital bahkan agak terkebelakang dengan perubahan semasa.

“Akta sedia ada iaitu Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 misalnya hanya melibatkan penguatkuasaan terhadap kegiatan judi di premis dan bukannya secara dalam talian,” katanya.        

Perdana Menteri berkata kerajaan melaksanakan beberapa langkah proaktif dalam memperkasakan undang-undang di negara ini, antaranya cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori.

“Ramai yang keliru tentang pemansuhan hukuman mati mandatori yang diumumkan baru-baru ini, seolah-olah hukuman mati telah dihapuskan.

“Kerajaan tidak menghapuskan hukuman mati, tetapi bergantung kepada kuasa dan budi bicara hakim untuk menentukan sama ada pesalah tersebut dijatuhkan hukuman mati ataupun hukuman pilihan yang lain,” katanya.

Menurutnya, objektif itu perlu menjadi asas dan dasar kepada kerajaan serta pembuat dasar dalam hal berkaitan penghukuman suatu jenayah untuk mencari hukuman yang terbaik, setimpal dan berkesan.

Ismail Sabri berkata tindakan melompat parti terutamanya pasca Pilihan Raya Umum ke-14 telah merencatkan proses demokrasi berperlembagaan di Malaysia.

Justeru, penyediaan Rang Undang-Undang Antilompat Parti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas kini di peringkat akhir dan bakal dibentangkan di Parlimen Julai ini, katanya.

Selain itu, Rang Undang-Undang Dana Sumbangan Politik pula bagi meningkatkan ketelusan sumbangan politik dengan mengurangkan risiko rasuah serta apa-apa penyalahgunaan kuasa yang berkaitan dengannya.

Sementara itu, beliau berkata dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, tiga institusi penting menjadi tiang seri iaitu badan legislatif, eksekutif dan kehakiman mempunyai peranan masing-masing.

Katanya, setiap dasar yang digubal kerajaan berpaksikan roh dan semangat kebersamaan dengan mengambil kira kepentingan setiap agama, kaum dan seluruh Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri berkata undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dibahas dengan roh dan semangat yang sama oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat, justeru badan Kehakiman juga perlu mengambil roh dan semangat sama ketika membuat intepretasi kepada undang-undang.

“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang, saya sangat menghormati doktrin pengasingan kuasa dan kebebasan di setiap cabang.

“Saya memberi jaminan bahawa setiap badan terutamanya badan Kehakiman begitu juga legislatif, kebebasan mereka akan terus dipelihara oleh kerajaan,” katanya. 

Dalam memastikan Parlimen berfungsi dengan sempurna, beliau berkata kerajaan akan membantu institusi berkenaan membuat transformasi termasuk memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan pada 1993.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga telah menubuhkan 16 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berbanding hanya lima sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar