Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Rancakkan Pembangunan Kawasan Lama - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 11:29AM

Ismail Sabri (dua, kiri) ketika meninjau fasiliti di Stesen MRT Kampung Batu pada pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu hari ini.

 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembukaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya dijangka mencetus dan merancakkan semula pembangunan di kawasan-kawasan lama atau yang belum dibangunkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata melalui pembukaan laluan itu, kerajaan yakin kawasan sepanjang jajaran seperti Jinjang, Sungai Buloh, Kepong dan Bandar Sri Damansara akan membangun lebih pesat, setara dengan kawasan-kawasan di bandar lain.

“MRT Laluan Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kawasan Damansara hingga Kampung Batu manakala Laluan Fasa Dua yang kini hampir siap sepenuhnya, melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya.

“Laluan Fasa Dua akan melalui kawasan strategik termasuk pusat bandar Kuala Lumpur dengan stesen bawah tanah seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park, Persiaran KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX),” katanya ketika berucap melancarkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kemudahan laluan MRT Putrajaya akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutama yang tinggal berdekatan dengan jajaran.

“Rakyat akan lebih mudah bergerak dan berulang-alik ke tempat kerja, bersosial dan mengakses kemudahan awam yang lain,” katanya

MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer mempunyai 36 stesen terdiri daripada 27 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah dengan keseluruhan kos pembinaan sebanyak RM30.53 bilion.

Sempena pelancaran hari ini, Ismail Sabri mengumumkan perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL merangkumi MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.

“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata pihak MRT kini dalam perancangan untuk menambah empat lagi stesen baharu pada masa akan datang agar akses kepada pengangkutan awam dapat terus ditingkatkan.

Menurutnya, pembukaan sepenuhnya MRT Laluan Putrajaya dijangka mencatatkan jumlah awal penumpang harian melebihi 104,000 orang seterusnya diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini ‘menghantui’ Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata selaras dengan teras Dasar Pengangkutan Negara, adalah menjadi hasrat utama kerajaan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang selamat, cekap, mampan dan boleh dipercayai bagi Keluarga Malaysia.

Katanya penyediaan pengangkutan awam juga akan dipertingkatkan supaya Keluarga Malaysia menikmati akses lebih baik kepada perkhidmatan dan ketersambungan yang lancar seperti dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12)

“Ini juga merupakan antara agenda utama yang dilaksanakan kerajaan bagi memulihkan dan menstabilkan ekonomi negara serta memastikan kesejahteraan hidup Keluarga Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Sedia Segerakan Kemudahan Wad Kelas Ketiga HKL - PM

4

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Semasa 11 jam yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Politik 4 jam yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu