web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerosakan Teknikal ETS, KTM Mohon Maaf, Jamin Akan Siasat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 8:00AM

ETS mendapat sambutan menggalakkan sejak ia mula diperkenalkan pada 2010. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Keretapi Tanah Melayu (KTM) membuat permohonan maaf selepas sejumlah besar penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) terpaksa mencari pengangkutan alternatif, susulan kerosakan teknikal di Bukit Mertajam.

Permohonan maaf itu dibuat Pengerusi lembaga pengarah KTM, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir, susulan insiden yang berlaku pada jam 8.15 pagi Ahad lalu, ketika tren berkenaan sedang dalam perjalanan ke Butterworth dari KL Sentral.

Musa berkata, beliau sudah mengarahkan insiden berkenaan disiasat dan KTM mengambil maklum penumpang yang terpaksa menempah perkhidmatan e-hailing untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir

“Ini adalah kali pertama saya diberitahu mengenai insiden seumpamanya dan berasa amat kecewa. Kita perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan saya harap ia tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya kepada The Vibes.

Tren bernombor EP9178 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 3.55 petang dan dijadualkan tiba di destinasi pada 8.07pm.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth menggunakan ETS lazimnya mengambil masa empat jam.

Musa berkata, walaupun kerosakan teknikal kadang kala mungkin berlaku ke atas mana-mana perkhidmatan, adalah tidak wajar untuk membiarkan penumpang terkandas tanpa sebarang alternatif.

Beliau juga berkata, tempoh membaiki kerosakan perlu dipercepatkan pada masa akan datang.

Seorang penumpang yang menghubungi The Vibes susulan insiden berkata, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tren itu sewaktu kejadian tidak mempunyai pilihan, selain daripada menunggu di dalam gerabak atau mencari alternatif sendiri.

“Gerabak penuh, dan ia bukan perkara yang menyeronokkan. KTM perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka,” katanya.

ETS mendapat sambutan menggalakkan sejak ia mula diperkenalkan pada 2010.

Tambang tren jenis itu lazimnya melebihi RM100, menjadikan ia tak ubah seperti tambang syarikat penerbangan bajet.

Bagaimanapun tidak seperti penerbangan, ETS menawarkan akses secara terus ke beberapa perhentian strategik di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. - The Vibes, 16 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Demonstrasi JPOAJ: Orang Asli Kesal, Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pakaian Jururawat Terlalu Ketat, MP Kuantan Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

4

Politik 3 tahun yang lalu

Jangan Lagi Berpecah, Elok DAP Minta Maaf Dengan UMNO - Pakar

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad