web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Lagi Berpecah, Elok DAP Minta Maaf Dengan UMNO - Pakar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 10:25AM

Pakar politik berpendapat tindakan itu pastinya perkembangan lebih baik memandangkan UMNO dan DAP akan bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan untuk tempoh masa yang lama - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP seharusnya memohon maaf kepada UMNO atas segala kecaman dilemparkan sebelum ini, seperti yang dilakukan mereka kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Junaidi Awang Besar berkata, terdapat keperluan untuk dua parti itu mengadakan perbincangan secara tertutup demi memastikan segala masalah yang berbangkit mampu diselesaikan secara ikhlas dan harmoni.

Menurut beliau, tindakan itu pastinya perkembangan lebih baik memandangkan mereka akan bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan untuk tempoh masa yang lama.

“Apa salahnya DAP cool down, dan mereka perlu untuk minta maaf seperti mana dilakukan kepada GPS sebab Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah bersama dalam Kerajaan Perpaduan. Kena bincang, adakan mesyuarat antara UMNO serta DAP demi Kerajaan Perpaduan.

“Masalah ini berlaku di peringkat akar umbi, kepimpinan tiada masalah, ada ahli terguris disebabkan isu perkauman dan DAP. Mereka sudah lama di ‘mindset’ bahawa DAP adalah musuh. Bila sudah bersama jadi kerajaan, pastikan ahli memahami dalam konteks politik Kerajaan Perpaduan hari ini kerana masih ramai tidak memahami sebab kerjasama bersama DAP. Jika tidak, ia akan tergantung dan tidak akan selesai sampai bila-bila,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Penganalisis politik berpendapat, terdapat keperluan untuk DAP dan UMNO mengadakan perbincangan secara tertutup demi memastikan segala masalah yang berbangkit mampu diselesaikan secara ikhlas dan harmoni - Gambar Fail
Penganalisis politik berpendapat, terdapat keperluan untuk DAP dan UMNO mengadakan perbincangan secara tertutup demi memastikan segala masalah yang berbangkit mampu diselesaikan secara ikhlas dan harmoni - Gambar Fail

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, yang mahu DAP memohon maaf kepada parti terbabit.

Kelmarin, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan itu berupaya melembutkan hati ahli-ahli UMNO yang masih meragui kejujuran DAP untuk bersahabat.

Bagaimanapun Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO tidak perlu lagi ditimbulkan pada masa ini.

Mengulas lanjut, Junaidi berkata, gesaan Dr Muhamad Akmal itu adalah bagi memberi pemahaman kepada akar umbi, khususnya golongan belia agar memahami dinamik politik kerajaan ketika ini.

“Seharusnya, pelbagai pihak faham penubuhan Kerajaan Perpaduan adalah saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas tiada parti memperoleh keputusan majoriti. Semua tidak kira pemuda atau orang lama kena akur perkara terbabit,” katanya.

Sehubungan itu, Junaidi menggesa BN dan PH membentuk jawatankuasa bersama Kerajaan Perpaduan pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kalau bersama, ia akan membuktikan kepada pengundi peringkat bawahan bahawa jentera boleh bergerak. 

“Namun kalau bergerak secara solo pada PRN, ia mempamerkan gabungan itu tidak kuat dan tidak harmoni,“ katanya.

 Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO tidak perlu lagi ditimbulkan pada masa ini - Gambar Fail
Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO tidak perlu lagi ditimbulkan pada masa ini - Gambar Fail


Sementara itu, Pakar Keselamatan dan Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi turut melahirkan pandangan senada.

Katanya, DAP dan UMNO seharusnya saling bermaafan.

“Langkah terbaik adalah perlunya memohon maaf namun kalau ia melibatkan isu selain politik tanah air, ia adalah perkara tidak bagus ekoran UMNO dan DAP ini baharu sahaja mahu berjinak-jinak untuk bersatu dan memulihkan permuafakatan antara PH dan BN.

“Jangan tunggu terlalu lama untuk parti (DAP dan UMNO) meminta maaf dan ia amat perlu untuk menyelesaikan isu sebelum ini.

“Ia harus dibawa ke perbincangan peringkat Majlis Kerja Tertinggi parti masing-masing. Jangan lagi UMNO dan DAP keluar kenyataan (untuk menghentam antara satu sama lain),” katanya.

Selain memberi penerangan kepada pelbagai pihak, khususnya akar umbi, Hussain menegaskan, adalah lebih baik UMNO dan DAP memberi tumpuan kepada agenda rakyat kerana kebajikan mereka jauh lebih penting.

“Politik dalam konsep organisasi politik, kita kena jujur dengan rakyat. Jangan lupa ketika ini rakyat telah menganggap kerajaan mempunyai muafakat, bersatu menjadi sebuah kerajaan yang kukuh. Jika itu tidak berlaku, ia akan merosakkan kepercayaan mereka, termasuk pemimpin yang ada (dalam Kerajaan Perpaduan).

“Kena buktikan UMNO dan DAP tiada konflik namun kalau bertanding secara berpecah, macam mana rakyat nak memandang positif perkara itu. Jangan jadi retorik disebabkan kepentingan politik dan kuasa. Ia mampu memecahkan muafakat sehingga tindakan itu dibenci rakyat,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek