Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenaikan Tarif Elektrik Tidak Dapat Dielak, Tapi Lebih 5 Juta Pengguna Tidak Terkesan - Sumber

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih kurang lima juta isi rumah berkemungkinan besar terlepas daripada dikenakan caj tambahan bil elektrik yang mungkin berkuat kuasa bulan depan.

Menurut sumber yang arif dengan isu itu, difahamkan pengguna dengan bil tidak melebihi RM77 setiap bulan atau kadar penggunaan 300 kilowat per jam (kWh) dan ke bawah tidak akan terbabit dalam caj tambahan tersebut.

Kumpulan pengguna berkenaan yang majoritinya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, menyumbang kepada 70 peratus daripada keseluruhan 7.9 juta pengguna tempatan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

The Vibes semalam melaporkan, pengguna domestik dijangka berdepan caj tambahan ke atas bil elektrik masing-masing bulan depan, ekoran kenaikan harga minyak akibat konflik Russia-Ukraine yang bermula awal tahun ini.

Pihak berkuasa elektrik dan syarikat tenaga seluruh dunia ketika ini berdepan kesukaran mengekalkan kadar semasa, khususnya ketika berdepan kenaikan harga minyak. Harga arang misalnya, yang membekalkan keperluan separuh daripada sistem tenaga Malaysia, melonjak empat kali ganda sejak peperangan itu meletus.

Sebagai contoh, penanda aras yang sering digunakan, arang Newcastle mencatat rekod apabila berada di paras AS$440 (RM1,945) setan awal Mac lalu, berbanding AS$67.5 sebelumnya, akibat kebimbangan terhadap kekurangan bekalan selepas negara Barat mengenakan sekatan ke atas sistem kewangan Russia dan produk tenaga mereka, susulan serangan dibuat negara itu ke atas Ukraine.

Sumber The Vibes yang enggan dikenali mendedahkan, Putrajaya sedang menangani isu itu, khususnya untuk melihat apakah kos tersebut perlu ditanggung oleh pengguna.

Terdapat formula Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT), yang dikaji setiap enam bulan, di mana kos minyak akan diserapkan ke dalam bil akhir pengguna. Kajian ICPT seterusnya dijadualkan berlangsung bulan depan.

Walaupun caj tambahan sudah dikenakan ke atas pengguna komersil, ini adalah kali pertama ia akan diperkenalkan kepada pengguna domestik. Kadar caj itu akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC). Selama ini, mereka diberikan rebat.

“Kenaikan itu dijangka dilaksanakan pada Julai dan memberi kesan kepada 30 peratus isi rumah yang bersamaan dengan 2.37 juta pengguna.

“Ini bermakna, pengguna yang bil mereka melebihi RM77 setiap bulan akan terkesan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini pada Januari memutuskan bahawa tarif elektrik kekal pada 39.45 sen/kWh dan pengguna domestik akan terus menikmati rebat 2 sen/kWh tanpa sebarang caj tambahan.

EC pada Januari berkata, kerajaan telah menggunakan dana berjumlah RM715 juta daripada Kumpukan Wang Industri Elektrik, yang diperoleh daripada pemain utama, untuk mengekalkan rebat semasa pengguna domestik.

Menurut laman web TNB, mekanisme ICPT di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) membenarkan TNB membuat perubahan, sama ada pengurangan atau kenaikan minyak dan kos tenaga lain berkaitan dalam tarif elektrik setiap enam bulan.

Menerusi mekanisme ICPT, kerajaan menuntut bahawa dalam kes kemerosotan harga minyak global dan kos tenaga, simpanan berkenaan akan dikembalikan kepada orang ramai dalam bentuk rebat ICPT, manakala jika berlaku kenaikan harga minyak dan kos tenaga, kos tambahan itu akan disalurkan sebagai caj tambahan ICPT.

Sebenarnya, lonjakan harga minyak turut membuatkan negara lain seluruh dunia mengkaji semula tarif elektrik mereka.

Sebagai contoh di Singapura, tarif elektrik republik berkenaan meningkat 23 peratus daripada 20.76 sen/kWh untuk suku tahun pertama 2021, kepada 25.44 sen/kWh bagi tempoh sama tahun ini akibat peningkatan kos minyak. Dari Januari hingga Mac tahun ini, tarif negara itu melonjak 5.6 peratus kepada purata 25.44 sen/kWh.

Thailand meningkatkan tarif elektrik negara itu sebanyak 4.6 peratus dari Januari ke April kepada purata 3.78 baht/kWh kerana mereka perlu mengimport cecair gas asli untuk tenaga elektrik.

Di Hong Kong, kedua-dua syarikat tenaga negara itu telah meningkatkan purata tarif mereka bermula 1 Januari tahun ini.

Syarikat Elektrik Hongkong meningkatkan purata tarif 7 peratus kepada 135.3 sen/kWh, manakala CLO Power dan Castle Peak Power meningkatkan tarif purata sebanyak 5.8 peratus kepada 128.9 sen/kWh.

Negara Eropah lain turut meningkatkan harga elektrik mereka, seperti badan perundangan tenaga Itali, Arera yang menaikkan kadar elektrik dan gas, masing-masing sebanyak 55 serta 42 peratus untuk suku tahun pertama 2022.

Menurut firma penyelidikan dan rundingan bebas Enerdata, kadar elektrik di Itali mungkin melonjak sehingga 65 peratus manakala gas sebanyak 42 peratus jika tiada campur tangan kerajaan yang membatalkan caj umum, menurunkan kadar VAT ke atas bil gas untuk 35 juta pengguna tempatan dan menambah bonus sosial, selain memperkenalkan pilihan bayaran secara ansuran buat keluarga yang berdepan masalah kewangan.

Di Jerman, 42 juta isi rumah menyaksikan kenaikan purata bil elektrik sebanyak 63.7 peratus tahun ini dan 3.6 juta lagi perlu membayar kenaikan bil gas sebanyak 63.3 peratus selepas pembekal berdepan kadar baharu borong. - The Vibes, 16 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Wajar Naik Tarif Elektrik Di Saat Rakyat Semakin Sengsara

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 17 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 20 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran