Berita Terkini

1 jam yang lalu: Sokong Anwar sebagai PM tanpa syarat, DAP sedia berkorban - Loke 1 jam yang lalu: PRU-15 DUN Tioman: Calon perhebat kempen, manfaat tempoh yang ada 1 jam yang lalu: Pencemaran di muka sauk Jenderam Hilir, LUAS terus laksana pemantauan susulan 1 jam yang lalu: Penutupan LRA Sungai Semenyih: SPAN siasat insiden pencemaran bau 1 jam yang lalu: Piala Agong: Putrajaya cipta sejarah rangkul gelaran sulung, kecewakan juara bertahan

IKUTI KAMI


Tak Wajar Naik Tarif Elektrik Di Saat Rakyat Semakin Sengsara

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 12:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam situasi rakyat sedia terbeban dengan peningkatan kos sara hidup, kenaikan tarif elektrik yang dijangka bulan depan disifatkan tidak wajar kerana akan memberi kesusahan berganda kepada mereka, umpama ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

Kenaikan tarif elektrik itu juga secara tidak langsung berkemungkinan memberi kesan kepada semua golongan rakyat, apabila wujud ‘caj tersembunyi’ yang akan ditambah ke dalam harga barangan keperluan harian pengguna.

Menurut Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr Marimuthu Nadason, caj tersembunyi itu mungkin dikenakan pengilang dalam produk dikeluarkan mereka bagi menampung kenaikan tarif elektrik.

“Sekarang bukan masa sesuai untuk menaikkan tarif elektrik kepada rakyat yang sedia terbeban dengan peningkatan kos barangan keperluan lain.

“Bekalan elektrik adalah keperluan asas rakyat, jadi kerajaan harus mencari jalan untuk tidak menaikkan tarif elektrik,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, kerajaan boleh memindahkan kos kenaikan harga minyak dialami Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada rakyat dalam bentuk surcaj.     

Katanya, surcaj tarif elektrik itu secara tidak langsung memberi impak kepada rakyat walaupun kerajaan mengumumkan bahawa bukan semua golongan terkesan dengan kenaikan terbabit.

“Semua golongan rakyat akan terkesan dengan surcaj ini, walaupun ia hanya akan dikenakan kepada golongan disasar. Ini kerana kilang besar menggunakan lebih banyak elektrik dan akan membayar lebih.

“Jadi dengan mengenakan harga tambahan untuk produk mereka kepada pengguna, pengilang menyerap masuk bayaran surcaj lebih itu menerusi barangan,” jelasnya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mengharapkan kerajaan mengkaji sebaiknya keputusan kenaikan tarif elektrik terbabit.

“Kenaikan tarif elektrik bukan sahaja akan membebankan rakyat secara langsung daripada segi pertambahan bil bulanan, bahkan pastinya menyumbang kepada peningkatan harga barang asas dan perkhidmatan akibat lonjakan input kos mendadak.

“Dengan beban sedia ada, iaitu peningkatan harga barang dan kos sara hidup sedang dialami rakyat ketika ini, tidak wajar pula surcaj elektrik dinaikkan kerana pastinya menambah beban mereka yang kini sudah semakin sengsara,” katanya.

Nadzim berkata, akibat situasi peperangan di Rusia-Ukraine yang menyaksikan harga bahan api dunia meningkat, sudah tentu TNB perlu menyerap kos kenaikannya, sekali gus akan memberi kesan terhadap bil dibayar pengguna.

“Jangan menambah beban rakyat yang kini sudah terlalu terbeban dengan kenaikan kos sara hidup akibat peningkatan nilai barangan dan perkhidmatan di pasaran,” jelasnya.

Terdahulu, The Vibes melaporkan, pengguna domestik dijangka berdepan caj tambahan ke atas bil elektrik masing-masing bulan depan, ekoran kenaikan harga minyak akibat konflik Russia-Ukraine yang bermula awal tahun ini.

Pihak berkuasa elektrik dan syarikat tenaga seluruh dunia kini mengalami kesukaran mengekalkan kadar semasa, khususnya ketika berdepan kenaikan harga minyak.

Harga arang misalnya yang membekalkan keperluan separuh daripada sistem tenaga Malaysia, melonjak empat kali ganda sejak peperangan itu meletus.

Sebagai contoh, penanda aras yang sering digunakan, arang Newcastle mencatat rekod apabila berada di paras AS$440 (RM1,945) setan pada awal Mac lalu, berbanding AS$67.5 (RM297.36) sebelumnya.

Keadaan itu ekoran kebimbangan terhadap kekurangan bekalan selepas negara Barat mengenakan sekatan ke atas sistem kewangan Russia dan produk tenaga mereka, susulan serangan dibuat negara itu ke atas Ukraine.

Sumber The Vibes yang enggan dikenali mendedahkan, Putrajaya sedang menangani isu itu, khususnya untuk melihat apakah kos tersebut perlu ditanggung pengguna.

Pada masa sama, dilaporkan lebih kurang lima juta isi rumah berkemungkinan besar terlepas daripada dikenakan caj tambahan bil elektrik yang mungkin berkuat kuasa bulan depan.

Menurut sumber arif mengenai isu itu, difahamkan pengguna dengan bil tidak melebihi RM77 setiap bulan atau kadar penggunaan 300 kilowat per jam (kWh) dan ke bawah tidak akan terbabit dalam caj tambahan tersebut.

Kumpulan pengguna berkenaan yang majoritinya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, menyumbang kepada 70 peratus daripada keseluruhan 7.9 juta pengguna tempatan TNB. - Getaran, 17 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

TNB Salur Elektrik Bervoltan Tinggi Untuk LRT Laluan Shah Alam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Perlu Sedia Hadapi Risiko Bencana Empangan - NADMA

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Hasil Siasatan ST, TNB Tentukan Kelayakan Pelanggan Dapat Rebat

4

Jelajah 5 bulan yang lalu

Elanghovan, 64, Rakyat Malaysia Tertua Takluk Everest

Sorotan

1

Kabinet Anwar Beri Peluang Pemimpin Muda Bawah 50 Tahun Tunjuk Kemampuan

2

Permintaan Pasaran, Ruang Kilang Lebih Luas Sokong Operasi Micron Di Malaysia

3

Kerajaan Selangor Harap Laluan ECRL Ditambah Ke Bahagian Selatan Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pencemaran Air Berbau, 2 LRA Dihenti Tugas Sementara

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Pelantikan Ahmad Zahid Ke Kabinet Mampu Lemahkan Kerajaan, Jadi ‘Senjata Politik’ Lawan

oleh Aiman Sadiq

Semasa 7 jam yang lalu

2 TPM, 25 Ahli Kabinet Angkat Sumpah Jawatan Menteri

Politik 1 hari yang lalu

8 ADUN BN, 2 PH Angkat Sumpah Exco Pahang