web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Rasuah Babitkan Kontraktor Di Sabah Membimbangkan - SPRM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 4:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kes rasuah melibatkan kontraktor bagi kerja-kerja pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan di Sabah agak tinggi dan membimbangkan, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah S Karunanithy.

Katanya, berdasarkan rekod bagi tempoh 2018 sehingga 2020 seramai 47 kontraktor membabitkan syarikat kontraktor kelas F dan G yang menawarkan kerja pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaran, dituduh di mahkamah.

"Sebanyak 106 pertuduhan dibacakan dan 23 daripada 47 kontraktor ini mengaku salah dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi rasuah untuk memperoleh kontrak dan mengemukakan tuntutan palsu serta menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen.

"SPRM sentiasa menerima maklumat rasuah yang dilakukan kontraktor dalam usaha mendapatkan kerja-kerja perolehan (kontrak) daripada agensi kerajaan di negeri ini," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas forum Antirasuah Peranan Kontraktor Dalam Memerangi Rasuah yang dirasmikan Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di sini, hari ini.

Karunanithy menasihatkan semua kontraktor agar mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak mengambil mudah perkara membabitkan rasuah kerana isu memalsukan dokumen cukup mudah untuk dikesan.

Mengenai forum berkenaan, beliau berkata program seumpama itu akan diperluaskan ke daerah lain antaranya ke Sandakan sebagai usaha memberi pendedahan kepada kontraktor agar tidak terlibat dalam jenayah rasuah.

Sementara itu, Nizam berharap agar lebih banyak agensi kerajaan dan sektor swasta tampil melaksanakan program dengan SPRM sekali gus memberi permahaman mendalam mengenai isu rasuah kepada masyarakat dan usaha menanganinya.

Beliau berkata melalui program itu juga, ia dapat mengetengahkan kesan daripada rasuah iaitu daripada sudut ekonomi, sosial mahupun politik. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad