web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Mungkin Direalisasi Januari Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 2:58PM

Dr Wan Junaidi Jaafar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pindaan bagi memansuhkan hukuman mati mandatori yang dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat pada Oktober depan, bakal direalisasikan menjelang Januari 2023 sekiranya proses itu berjalan mengikut perancangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Jaafar berkata, sebelum melaksanakan perkara itu, kerajaan akan mengadakan pungutan suara dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori.

Menurut beliau, tindakan itu akan dilaksanakan sebelum usul pindaan berkait pemansuhan hukuman berkenaan, dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan.

“Kita akan menerima maklum balas sebagaimana kita lakukan berhubung undang-undang anti lompat parti yang mendapat maklum balas sekitar 7,600 responden. Kalau lebih hebat (tentangan) daripada bersetuju, kita akan membawa kembali pindaan kepada Jemaah Menteri untuk dibuat keputusan selanjutnya.

“Mengenai pindaan ini, saya yakin Jabatan Peguam Negara bersedia dengan pembentangan bacaan kali pertama pada Oktober depan. Saya cukup yakin bahawa tiada halangan di Dewan Rakyat dan seterusnya Dewan Negara pada Disember depan. Malah, Yang di-Pertuan Agong sangat peka dengan persoalan ini,” katanya pada sidang media di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia bukan daripada kenyataan atau keputusan Kabinet, tetapi ia bermula kepada pindaan undang-undang relevan.

Katanya, hukuman mati di Malaysia masih ada dan apa yang dipersetujui oleh Kabinet pada 8 Jun lalu, adalah untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, namun hukuman mati masih ada dalam hukuman (perundangan Malaysia) walaupun itu bakal dimansuhkan.

Wan Junaidi berkata, masih terdapat banyak perkara perlu dibincang dan dikaji sebelum hukuman mati mandatori dimansuhkan sepenuhnya.

“Antaranya, keseimbangan undang-undang, cadangan hukuman alternatif, kes sudah dijatuhi hukuman, kes dalam siasatan dan kes melibatkan pengampunan.

“Masih banyak cabaran, masih banyak persoalan, masih banyak perkara perlu diambil kira oleh saya, kementerian bersama Peguam Negara untuk mengatasi masalah ini supaya pelaksanaan itu tidak bersikap tidak adil kepada semua.

“Jika kita ketahui sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 144 negara sudah memansuhkan hukuman mati, manakala 55 negara masih mengekalkan hukuman mati dan yang mandatori itu memang tidak banyak,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mungkin kumpulan terakhir menghapuskan hukuman itu, justeru kerajaan berani untuk mara ke hadapan bersama supaya dilihat lebih berperikemanusiaan.

Usaha pemansuhan itu juga, katanya, menyaksikan Malaysia lebih memikirkan bahawa ada banyak perkara boleh mendorong seseorang bersikap sedemikian semasa melakukan kesalahan.

Tambahnya, hukuman mati mandatori dimansuhkan kerana tangan hakim seolah-olah diikat dengan undang-undang sedia ada, walaupun kemungkinan hakim mendapati hukuman lain lebih wajar dijatuhkan, selain daripada hukuman mati mandatori.

“Hukuman mati dengan kuasa budi bicara mahkamah membawa maksud bagi mana-mana tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan atas suatu jenayah dilakukan, hakim boleh (mempunyai pilihan) menjatuhkan hukuman mati atau hukuman pemenjaraan dan/atau sebatan mengikut budi bicara hakim.

“Ia juga bergantung kepada jenis, keseriusan jenayah dan trend hukuman, selain keadaan mangsa, kerjasama serta keinsafan pesalah dan faktor pengurangan hukuman lain yang memihak kepada pesalah.

“Sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan mahkamah, ‘victim impact statement’ boleh dikemukakan mangsa atau keluarga mangsa atas permohonan mana-mana pihak ini selaras dengan Seksyen 183A Kanun Prosedur Jenayah,”  jelasnya. - Getaran, 13 Jun 2022.

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad