web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Isteri Maut, Anak Menantu Cedera Kenderaan Jatuh Gaung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 8:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sepasang suami isteri warga emas maut manakala anak lelaki dan menantu mereka cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki empat sekeluarga itu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 192.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang maut ialah pesara polis Abd Talib Akob, 73, dan Fauziah Mohd Marzuki, 62, dari Taman Muhibbah, Jerantut.

Nahas pada 5.15 petang semasa hujan lebat itu menyebabkan anak mereka Muhammad Taufik, 34, yang memandu kenderaan parah di kepala manakala isterinya NoorSyafiyana Ahmad Sobri, 34, cedera ringan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Mitsubishi Triton dinaiki mangsa dari Kuantan menghala ke Jerantut hilang kawalan menyebabkan ia melanggar pembahagi jalan sebelah kiri sebelum terjunam ke dalam gaung,” menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.

Jenazah pasangan itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat selepas keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh.

Dalam insiden berasingan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata seorang penyelia Lee Cheng Yik, 22, maut selepas kereta Porsche Macan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 55.6 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur di Bentong pada 2.30 petang.

Nahas dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan hilang kawalan semasa cuba memotong sebuah Proton Waja menyebabkan kedua-dua kenderaan berpusing sebelum kenderaan mangsa merempuh Proton Saga FLX yang berada di laluan sama.

“Selepas melanggar kereta Proton Saga FLX, kenderaan mangsa difahamkan terjunam ke lorong jalan keluar sebuah stesen minyak yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, pemandu kedua-dua kenderaan tidak mengalami kecederaan. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad