web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SLS Mohon Semakan Kehakiman Ke Atas Isu Pemberitan Khas Kepada Sabah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 8:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) semalam memfailkan satu semakan kehakiman ke atas isu pemberian khas peruntukan 40 peratus kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

Permohonan itu difailkan firma guaman J Marimuttu and Partners yang menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai responden.

Berikutan pengumuman pada 14 April mengenai persetujuan dicapai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah, SLS memohon satu pengisytiharan antaranya bahawa kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk melakukan kajian semula kedua dalam 1974 dengan kerajaan negeri merupakan satu kemungkiran dan menyalahi tanggungjawabnya di bawah Perkara 112D, Klausa (1), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan.

SLS memohon bahawa hak 40 peratus itu masih tertunggak dan mesti dibayar Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri untuk setiap tahun kewangan berturut-turut untuk tempoh dari 1971 hingga 2021, yang mana kegagalan  membayar hak itu merupakan pelanggaran hak asasi ke atas harta kerajaan Sabah dan terutamanya  rakyat Sabah sebagaimana termaktub dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Persatuan itu juga memohon satu perintah mandamus kepada responden untuk melaksanakan satu lagi kajian semula dengan kerajaan negeri di bawah peruntukan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk pelaksanaan pembayaran hak 40 peratus itu untuk setiap tahun kewangan berturut-turut dari 1974 hingga 2021 dalam 30 hari dan untuk mencapai keputusan dalam 90 hari dari tarikh perintah itu dan responden  membayar hak itu kepada kerajaan negeri atau atas sebagai kerosakan kerana melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan atau kedua-duanya.

Faktor SLS memohon order dan relief itu merupakan sebahagian daripada keputusan terkandung dalam Warta Persekutuan bertarikh 20 April mengenai kajian semula pemberian khas yang tidak disediakan untuk setiap tahun berturut-turut dari 1974 hingga 2021 yang ultra vires kepada Perlembagaan Persekutuan, melanggar keadilan asasi, tercemar dengan prosedur yang tidak sesuai, tidak rasional dan tidak munasabah serta  melangkaui kesemua perkadaran munasabah.

Pemberian khas baharu bagi Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta  untuk 2022, menurut kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor yang diterbitkan dalam Warta Persekutuan pada 20 April. 

Menurut kenyataan itu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan meneruskan rundingan berkenaan tuntutan 40 peratus hasil dari Sabah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan