web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Sarawak Bebas Guna Bahasa Inggeris Dalam Urusan Rasmi - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 8:15AM

Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang bergambar pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-50 Yayasan Sarawak, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Perkhidmatan awam Sarawak akan terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi bersama-sama dengan bahasa kebangsaan, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam tadi.

Beliau berkata pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.

“Saya harap jangan ini jadi polemik. Sarawak, mempunyai pendirian sendiri...sila terus gunakan bahasa Inggeris. ‘Sik kenak penalty’ (tidak akan dihukum kerana menggunakan bahasa Inggeris) Penjawat awam Sarawak, anda boleh menggunakan bahasa Inggeris. Penjawat awam Persekutuan, saya tidak tahu kerana tuan kamu berbeza,” katanya.

Berucap pada majlis jamuan malam meraikan ulang tahun ke-50 Yayasan Sarawak di sini, beliau berkata walaupun sesetengah pihak merujuk kepada kisah kejayaan Jepun disebabkan mereka bertutur dalam bahasa Jepun tetapi pelajar dari negara itu masih perlu belajar bahasa Inggeris apabila menuntut di Eropah atau Amerika Syarikat.

''Sama ada anda suka atau tidak, untuk memperoleh teknologi dan pengetahuan terkini anda mesti menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk memahami apa yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Pada 24 Mei lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek