web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Punca Kematian 2 Remaja Diketahui 2 Bulan Lagi - Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 12:35PM

Mayat 2 remaja masing-masing berusia 19 tahun ditemui dalam sebuah MPV yang diparkir di sebuah residensi dekat Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 1 Jun lalu. - Gambar Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Punca kematian dua remaja yang mayat mereka ditemui dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Bandar Sri Permaisuri di sini dijangka diketahui satu hingga dua bulan lagi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Muhammad Idzam Jaafar berkata, pakar patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) masih belum menentukan punca sebenar kematian kedua-dua remaja terbabit.

Bagaimanapun menurutnya, mayat mereka sudah selesai dibedah siasat dan telah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

“Pakar patologi sudah menghantar spesimen daripada mayat kedua-dua remaja tersebut untuk dihantar kepada Jabatan Kimia bagi mendapatkan pengesahan punca kematian.

“Proses tersebut dijangka memakan masa yang agak lama, mungkin sekitar sebulan hingga dua bulan sebelum keputusannya dikeluarkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Muhammad Idzam Jaafar - Gambar oleh Syeda Imran
Muhammad Idzam Jaafar - Gambar oleh Syeda Imran

Muhammad Idzam berkata, polis setakat ini telah merakam keterangan lebih 10 individu bagi membantu siasatan berhubung kematian kedua-dua penuntut jurusan muzik terbabit, termasuk ahli keluarga dan rakan-rakannya.

"Hasil siasatan setakat ini mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. 

Pada 1 Jun lalu, media melaporkan penemuan mayat dua remaja, masing-masing berusia 19 tahun dalam sebuah MPV yang diparkir di sebuah residensi dekat Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemui mayat mereka dalam Toyota Alphard pada jam 8.26 malam.

Siasatan di lokasi menemui mayat remaja wanita di bahagian penumpang hadapan dan mayat remaja lelaki di tempat duduk belakang.

Kereta itu dipercayai dipandu oleh seorang daripada remaja tersebut, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir terbabit yang merakamkan MPV berkenaan masuk ke lokasi.

Dua remaja terbabit sebelum ini dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing. - Getaran, 7 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad