web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Usaha Kerajaan Elak Data Peribadi Rakyat Terus Dicuri?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 5:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa digesa membentangkan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) pada sidang Parlimen bulan depan, ekoran kes kecurian maklumat sulit itu masih belum dapat ditangani.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, dalam tempoh lima tahun kebelakangan, dianggarkan lebih 100 juta set data peribadi, seperti nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan pelbagai maklumat peribadi di Malaysia, dipercayai dicuri dari syarikat atau badan di bawah bidang kuasa pelbagai kementerian.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan laporan media, cuma satu kes kecurian data peribadi berprofil tinggi dibawa ke mahkamah sehingga hari ini, iaitu membabitkan 30 juta data peribadi pelanggan Malindo Air.

“Memandangkan kejadian kecurian data peribadi belum dapat dihentikan (terbaharu berlaku pada hujung Mei lalu), saya menggesa agar Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, memberi penjelasan segera berhubung status kajian semula Akta 709 serta langkah diambil bagi menjamin keselamatan data peribadi rakyat Malaysia, termasuk yang disimpan atau dikendali agensi kerajaan.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia perlu menggunakan peluang sidang Parlimen bermula 18 Julai nanti untuk membentangkan pindaan kepada Akta 709.

“Insha-Allah saya juga akan membawa satu Rang Undang-Undang Persendirian bagi tujuan meminda Akta 709 pada sidang Parlimen sama,” katanya menerusi kenyataan kepada media hari ini.

Beliau berkata, kes kecurian berprofil tinggi membabitkan lebih 70 juta data peribadi lain, sama ada masih belum dibawa ke mahkamah atau hasil siasatan dan tindakan kementerian atau agensi bertanggungjawab tidak diketahui umum.

“Keadaan ini tidak baik untuk rakyat mahupun ekonomi Malaysia.

“Ke mana perginya semua data dicuri ini? Mengapa kecurian data masih kerap berlaku? Adakah data peribadi dicuri ini disalah guna penjenayah bagi tujuan penipuan (scam) atau aktiviti jenayah lain? Hal ini amat merisaukan,” tegasnya.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, pada 12 Februari 2020, Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Gobind Singh Deo memaklumkan bahawa Akta 709 akan dikaji semula.

Namun, katanya, selepas berlaku Langkah Sheraton dan Menteri Komunikasi dan Multimedia bertukar, status kajian semula serta cadangan pindaan terhadap akta itu masih belum diketahui umum.

Berdasarkan kenyataan itu, Fahmi turut mengemukakan pautan berhubung garis masa kejadian kecurian dan kebocoran data peribadi di negara ini.

Pada 31 Oktober 2017, katanya, sejumlah 46.2 juta data peribadi pengguna perkhidmatan telekomunikasi dilaporkan dicuri yang boleh diakses di https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/31/msia-sees-biggest-mobile-data-breach-over-46-million-subscribed-numbers-at-risk-from-scam-attacks-an/

Jelasnya, pada 6 Jun 2018 pula, sebanyak 60,000 data peribadi pengguna Astro IPTV dicuri (https://www.malaysiakini.com/news/428520) dan 23 Ogos 2019, sejumlah 0.2 peratus data peribadi pelanggan Astro yang dianggarkan hampir 50,000 orang dicuri (https://themalaysianreserve.com/2019/08/23/astro-hit-by-2nd-data-breach-in-14-month-period/).

Ujarnya, pada 18 September 2019, dilaporkan 30 juta data peribadi pelanggan Malindo Air dicuri (https://www.channelnewsasia.com/asia/malindo-lion-air-passenger-data-breach-1315746).

Pada 10 Oktober 2019, kebocoran data rekod perubatan 20,000 pesakit dilaporkan dicuri (https://codeblue.galencentre.org/2019/10/10/malaysia-patient-data-leak-came-from-private-entity-moh-says/)

“Manakala, pada 28 September 2021, sebanyak 4 juta data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) didakwa bocor (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lhdn-nafi-4-juta-data-bocor-diperoleh-daripada-laman-rasminya-322318),” katanya.

Menurut Fahmi, pada 18 Mei 2022, sejumlah 22 juta data JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa dijual (https://www.hmetro.com.my/utama/2022/05/843204/data-peribadi-22-juta-rakyat-malaysia-bocor)

“Dilaporkan juga pada 31 Mei 2022, sebanyak 2,000 fail Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di bawah Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mungkin mengandungi lebih 1 juta data peribadi didakwa dicuri (https://codeblue.galencentre.org/2022/05/31/miti-site-allegedly-exposed-personal-data-of-workers-registered-for-covid-19-jabs/). - Getaran, 6 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek