web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DAP Hanya Mangsa Krisis Dalaman UMNO, PM Ditekan Ahli Parti Sendiri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 1:09PM

Anthony Loke - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP hanya mangsa kepada krisis dalaman UMNO melibatkan isu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan pembubaran Parlimen.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ditekan oleh pemimpin UMNO sendiri agar segera membubarkan Parlimen, justeru beliau hairan apabila DAP pula menjadi mangsa tohmahan.

“Saya tak pernah mempertikaikan bahawa kuasa memperkenankan pembubaran Parlimen ialah di tangan Yang di-Pertuan Agong. Ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Yang saya kritik ialah Perdana Menteri kerana beliau memberikan kenyataan dan mesej yang tidak konsisten,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Hantaran tersebut turut dikongsi di akaun Instagram beliau.

Menurut Loke, beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mendesak Perdana Menteri segera mengumumkan tarikh pembubaran parlimen.

Katanya, beliau percaya kenyataan Ahli Parlimen Bera itu sebenarnya ditujukan kepada pemimpin UMNO yang menekannya untuk membubarkan Parlimen.

“Cuma dia tak boleh sebut orang UMNO tak hormat Agong jadi DAP menjadi mangsa kepada pertelingkahan dalaman UMNO,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, walaupun beliau boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, kuasa akhirnya terletak di tangan baginda.

Justeru, beliau tidak mahu melangkaui kuasa Agong dan mengandaikan DAP mungkin tidak mempunyai rasa hormat yang sama.

Loke beberapa hari lalu mengkritik Perdana Menteri yang disifatkannya ‘flip-flop’ dalam membuat kenyataan mengenai tarikh pelaksanaan pilihan raya umum. - Getaran, 6 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar